Sunday, January 2, 2011

PENDAPAT PARA ULAMA’ TERHADAP ZIKIR BERAMAI-RAMAI SELEPAS SOLAT

1.Imam as-Syafi’e: “Pendapat yang aku pilih perihal imam dan ma’mum, hendaklah kedua-dua mereka berzikir kepada Allah tanpa menguatkan suaranya setiap selesai solat wajib, kecuali bagi seorang imam yang berkewajiban untuk mengajar bacaan zikir kepada para ma’mumnya. Namun, ketika imam melihat bahawa para ma’mum telah mampu berzikir sendiri, dia pun kembali berzikir dengan suara perlahan.”(Al-Umm, Imam Syafi’e, 1:11)

2.Syeikh Muhammad bin Ahmad Miyarah al-Maliki: “Imam Malik dan sejumlah ulama’ lain membenci(memakruhkan) kebiasaan para imam yang memimpin para jema’ah masjid untuk berdo’a bersama dengan suara keras setiap selesai solat wajib.”(Ad-Duruts Tsamin wal Mauridul Muayyan, hal 173 dan 212.)

3.Ibnu taimiyah: “Belum ada satu hadith pun yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersama para ma’mum melakukan doa secara bersama selesai solat. Sebaliknya, mereka selalu berdoa kepada Allah sendiri-sendiri seperti yang disebutkan dalam banyak hadith.”(Ad-Durarus sanyah, IV:318)

4.Syeikh Ibnu ‘Uthaimin: “Doa bersama dengan satu suara yang dilakukan setelah imam salam, maka kami tidak mengetahui dasar hukum yang mensyariatkannya.”(ibid,IV:318)

5.Ibnul Hajj: “Orang-orang yang melakukan zikir bersama di dalam masjid sebelum atau sesudah solat, atau pada waktu-waktu lain, seharusnya dilarang. Sebab, perkara itu akan mengganggu.”(Ibid,hal 111)

Yang Benar,

Sahabatmu......

1 comment:

  1. Syukran ya Sohbi...ringkas namun lengkap. Cukup lengkap untuk mereka yang masih samar tentang cara zikir baginda Rasulullah s.a.w. dan para sahabat ajma'in. Semoga ALLAH merahmati kamu.

    ReplyDelete