Tuesday, December 21, 2010

Dakwah


Assalamualaikum...
menyentuh soal dakwah menjadi pilihan saya pada kali ini.Walaupun memang banyak benar rasanya perkara yg hendak diketengahkan, namun berpegang pada konsep "Qalilun 'ala qalil yasbih kal jabal" atau "sikit2 lama2 jadi bukit"(mintak pak arab tolong terjemah aritu), inilah dulu buat masa ni..maklumlah,waktu cuti seminggu lebih yg lepas sudah dihabiskan untuk
"berfoya-foya".
saya bukanlah seorang yg layak untuk banyak berbicara tentang ini kerana saya pun bukanlah seorang da'ie yg benar2 menepati ciri2 da'wah Rasulullah s.a.w...namun,di sini saya hanya berkehendakan untuk menyatakan sedikit sahaja perkara tentang dakwah yg saya pelajari.

Ramai orang(mungkin juga saya) apabila mendengar perkataan da'wah, mereka akan memikirkan bahawa da'wah itu ialah apabila kita mengajak orang lain yang telah lalai daripada menunaikan tanggungjawab agama supaya kembali kepada Allah seperti menunaikan solat,memperbanyakkan solat sunat,berpuasa bersadaqah dll...juga seperti apabila melihat orang yg kerap kali melakukan maksiat yang jelas seperti mencuri,minum arak dll,kita mengajak mereka supaya bertaubat.Itu memang benar..Wallahi,itu memang benar...tapi di sini saya ingin mengajak supaya kita melihat konsep da'wah dengan pandangan yg lebih luas... Dakwah pada apa yg saya pelajari terbahagi kpada 2:-
Pertama:
mengajak orang yg lalai terhadap agama supaya kembali menunaikan tanggungjawab agama.

Kedua:
mengajak orang yang terlajak dan melebih dalam agama supaya kembali kepada kesederhanaan agama.
Namun, disini saya ingin menekankan pada cara yg ke-2,iaitu mengajak orang yg melebih dalam beragama supaya kembali kepada kesederhanaa agama.Sebenarnya pada semester yg lepas saya sudah berhajat untuk membincangkan tentang ini dalam usrah,tetapi tidak kesampaian atas sebab2 tertentu. Saya berhajat untuk membincangkan tentang konsep "kesedrhanaan dalam ketaatan". Ini kerana saya melihat perkara ini kurang diberi perhatian oleh para da'ie dalam da'wah mereka.Tapi tak mengapa, dalam artikel ini,saya akan memberikan gambaran umum tentang perkara tersebut.

seperti yg dinyatakan oleh Syaikul Islam Ibn Taimiyah, syaitan menyesatkan manusia melalui 2 jalan.Yang pertama, dengan cara melalaikan manusia daripada tanggungjawab agama,Yang KeDua, menghasut manusia supaya melampau dalam beragama.Memang ramai orang yg apabila berda'wah,mereka akan menumpukan pada usaha mengembalikan orang2 yang lalai kepada agama,tetapi jarang sekali mereka menyeru manusia supaya bersederhana dalam agama.Sesungguhnya jalan yg ditunjuki oleh Nabi s.a.w ialah yang tengah2.Tidak ia dikurangi dan tidak pula ia dilebihi.itulah jalan Islam. Jalan yang diredhai oleh Allah. Mungkin ada yang kebingungan apabila saya mengatakan tentang "melebih2 dalam beragama".Melebih2 dalam agama secara umumnya adalah kita melakukan sesuatu perkara lebih lagi daripada apa yg ditunjuki oleh Nabi s.a.w.Misalnya,dalam solat,perkara bid'ah seringkali dilihat berlaku dalam masyarakat.Bid'ah menurut al-imam as-syatibi dalam al-i'tisam bermaksud, "satu istilah untuk satu jalan dalam agama yang direka2, yang mana ia menyerupai syariat. Tujuan mengamalkannya adalah untuk berlebih2 dalam beribadah kepada Allah Subhanah."Jadi,seseorang itu dikatakan berlebih2 dalam ibadah jika dia mengamalkan bid'ah kerana ia membelakangi sunnah Nabi s.a.w dan melebihi baginda dalam ibadah.Contohnya,berzikir beramai2 slpas solat.Lihat sahajalah di Masjidil Haram.Fikir2kanlah mengapa mereka tidak ada berzikir bersama2 selepas solat.Tidak dinafikan, berzikir beramai2 slpas solat memang menjadi ikutan ramai.Ia memang satu jenis ibadah "jadi-jadian" yang diminati. Kita tidaklah ingin menyalahkan sesiapa,kerana kita tahu hanya Allah lah sahaja yang mengetahui isi hati setiap hambanya.Mungkin mereka melakukan itu kerana mereka tidak tahu,mungkin juga mereka bimbang diperkatakan yang bukan2 oleh masyarakat. Semoga Allah mengampuni mereka semua.
*pada post yg akan datang,saya akan membentangkan fatwa2 ulama' tentang az-zikrul jama'ie(berzikir beramai2)
Gambar hiasan...

Oleh itu,dalam berdakwah,kita juga perlu menumpukan usaha mengembalikan mereka kepada kesederhanaan beragama. Banyak lagi bid'ah yg berlaku dalam kalangan masyarakat kita jika diteliti, seperti membuat bubur 'asyura pada 10 muharram,membaca yasin 3 kali pada malam nisfu sya'ban, kenduri arwah dll,cuma kita ingin mengambil pendekatan bersederhana dalam menegurnya.

PERHATIAN
....di sini saya ingin menjelaskan beberapa perkara yang kabur tentang ini:

a)sesetengah pihak apabila kita berda'wah kepada mereka tentang ini,mereka tidak menyukainya. Mereka mengatakan bahawa sepatutnya perkara ini tidak patut disebarkan kerana ia akan memecah-belahkan ummat. Wahai saudara,sesungguhnya ummat Islam tidak akan berpecah jika mereka kembali kepada sunnah kerana itulah sumber penyatuan ummat.
Sabda Nabi s.a.w:"Sesungguhnya barangsiapa di antara kamu yang hidup pada zaman selepasku, maka dia akan menyaksikan banyak perselisihan,maka hendaklah kamu berpegang pada sunnahku dan sunnah khulafa' ar-rashidin yang diberi petunjuk"(H.R al-Hakim-sahih)

b)Ada juga yg berkata "takkanlah semua imam di masjid tu salah kot.tak kan diorang tak tau" atau "takkanlah mufti2 di Malaysia ni semua tak tau". Kita sebenarnya tidak mahu mengambil pendekatan menyalahkan orang atau merendah2kan orang lain. Cuma saya ingin mengajak kita semua kembali kepada al-Quran dan Hadith. Sesiapa pun yang tinggi ilmunya di dunia ini,jika mereka ternyata bercanggah dengan naqal al-Quran dan Hadith wajar diketepikan. Kata Imam Malik r.a, "setiap manusia itu diterima dan ditolak percakapannya melainkan Nabi s.a.w yang ma'sum". Ternyata sekali pandangan ulama2' maujtahidin yg mu'tabar dari salaf hingga khalaf,bahawa mereka mengingkari perkara2 bid'ah ini.

c)Ada juga yang mengatakan, "perkara ini terbuka kepada banyak pendapat,jadi biarlah mereka mengamalkannya".Nasihat saya:

1-Cuba nyatakan siapakah ulama' yang menyatakan bahawa boleh mengamalkan perkara bid'ah tersebut(cth;zikir beramai2).Jika ada,adakah dia itu ulama mujtahid yang benar2 layak mengistibat hukum ataupun cuma memegang jawatan2 tertentu dalam agama.

2-Jika ada seperti yg dinyatakan di atas dan jika kita mampu,cuba melihat pada dalil yg dikemukakannya dan buat perbandingan dengan pendapat para ulama' salaf.Jika anda betul2 tidak mampu meneliti dalil2 mereka, dan tidak terzahir kepada anda apa2pun kesalahan dalam pendapat mereka,maka anda diharuskan bertaqlid kepada mana2 ulama' mujtahid yang anda yakin benar.Dengan syarat,ia tidak dipengaruhi oleh adat dalam masyarakat anda semata2.

Jika perkara2 di atas telah dilakukan,berserahlah pada Allah akan apa yg anda lakukan.

d)Ada juga yang menyatakan "engkau cakap ulama' tu x betol,engkau lagi pandai dari diorang ke?!?!"...Ya akhi,bukan itu yg dimaksudkan. Perkara yang kita sampaikan ini pun bukanlah kita sendiri yang memandai2. Ini ialah berdasarkan pemerhatian dan penilaian kami terhadap pendapat para ulama'.

Itulah beberapa senario yang saya pernah hadapi dalam usaha saya ini. Saya bukanlah seorang yg berilmu tinggi,cuma saya menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi s.a.w.Mungkin juga silapnya daripada saya sendiri kerana gagal menggunakan pendekatan yang baik. Jadi,saya menyeru kepada semua sahabat yang dikurniakan oleh Allah tentang ilmu ini,da'wahlah kepada rakan anda.JIka anda sudah cukup dalil bahawa az-zikrul jama'ie itu salah,maka sebarkanlah.Jika anda tahu bahawa bacaan talkin itu salah maka sebarkanlah.Dan jika kita masih belum mampu menyampaikannya kepada masyarakat,sampaikanlah ia kepada rakan2 anda.atau paling tidak pun,dakwah melalui amalan.

Jadi,tidak timbul persoalan bahawa kita tidak boleh menyebarkan perkara ini kerana ia juga sebahagian daripada da'wah.Akhir kalam,segala yg baik datangnya daripada Allah,yang buruk juga daripada Allah tetapi diri yg lemah inilah yg disandarkan padanya.,Wassalam.....

*maaf kerana isi yg kurang detail dan quotation drpd Nabi s.a.w dan ulama' yg tidak lengkap.Penulis tidak sempat untuk merujuk pada mana2 bahan rujukan ketika menulis artikel ini.

Friday, December 17, 2010

Kesilapan fakta

Assalamualaikum...pada post saya yg lepas yg bertajuk "Inilah kami,anak2 muda warisan Ali",saya telah mendapati bahawa ada beberapa kesilapan fakta.Iaitu pada cerita bahawa dalam peperangan Khaibar,Ali r.a telah mengangkat pintu gerbang Khaibar seorang diri.Cerita ini secara melampau telah menunjukkan kehebatan Ali dan saya mengambilnya daripada sebuah buku sirah sahabat yg kurang dipercayai.Minta maaf atas kesilapan ini.Saya memohon ampun kepada Allah atas kesilapan ini.salam...

Kesilapan fakta

Tuesday, October 19, 2010

Teguran Suci Dan Jujur

Dahulu di Malaysia, pemahaman masyarakat Melayu terhadap agama Islam sangat jahil. Agama Islam pada pemahaman bangsa Melayu pada ketika itu seolah-olah begitu sempit sehingga para wanita tidak dibenarkan untuk melibatkan diri dalam pendidikan dan kerjaya.Konsep pendidikan juga hanyalah berteraskan pendidikan akhirat semata-mata dan pendidikan duniawi yang berupa fardhu kifayah diabaikan.Oleh itu,seiring dengan pembaharan pemikiran dunia Islam yang dipelopori oleh Syeikh Muhammad Abduh, Tanah Melayu juga terasa oleh tempias pembaharuan tersebut.Satu gerakan di Tanah Melayu yang dinamakan sebagai "gerakan Islah" ataupun gerakan pembaharuan yang dipelopori oleh Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syed Syeikh al-Hadi yang mereka ini juga digelar "Kaum Muda" telah mencabar pemikiran sempit ulama'2 dahulu yg digelar sebagai golongan tua.Walaubagaimanapun,disebabkan mereka berasa tercabar, gerakan ini disekat oleh ulama2 golongan tua dengan menggunakan kuasa Sultan.Lalu gerakan ini gagal berkembang di tanah Melayu melainkan di Negeri2 Selat iaitu P.Pinang, Melaka dan Singapura. Sehinggakan, Mufti Johor pada ketika itu, As-Sayyid alwi Bin Tahir al-Haddad telah menuduh "Kaum Muda" sebagai kafir dan pengkhianat agama.Melihat pada fitnah ini, Prof. Dr. HAMKA atau nama sebenarnya, Haji Abdul Malik Karim Amrullah yang berasal dari Sumatera, Indonesia telah menentang sekatan ini lalu menulis satu buku yang berjudul "Teguran Suci dan Jujur Buat Mufti Johor". Namun, apa yang saya mahu sentuh bukanlah pada isu tersebut tetapi pada sikap bertanggungjawab HAMKA yang tidak membiarkan fitnah itu berlaku begitu sahaja.Dalam buku yang terkenal ini, beliau menegur mufti johor dengan cara yang begitu berhikmah. Tidak sesekali beliau menegur dengan niat untuk bermusuh-musuhan. Hanya yang difikirkannya ialah untuk menegakkan kebenaran. Tegurannya yang penuh hikmah membuatkan kawan dan lawan hormat kepadanya. Tidaklah beliau menegur dengan kekasaran.Kesannya, karya2 dan ilmunya masih diangkat sehingga kini. nasihat dan panduannya masih dijadikan rujukan walaupun beliau sudah meninggal dunia puluhan tahun.

Oleh itu, saya berkeinginan untuk mencontohi beliau. Mungkin kadang2 kita lalai dan tidak sedar akan kesilapan diri, tetapi jika dimuhasabah semula, amat banyak sekali kekurangan pada diri.Jadi, Ingin sekali saya menegur diri saya sendiri dalam beberapa perkara berikut:

1) Jangan takbur dan bongkak. Bersyukurlah dengan nikmat dan kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita dan sentiasalah ingat bahawa semuanya daripada Allah. Jika Allah hendak menarik nikmat itu, maka tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalangnya.

2) Sentiasa berasa rendah diri dihadapan Allah dan manusia. Tidak merasakan kita lebih hebat dari orang lain.Mungkin dalam sesuatu perkara kita mempunyai kelebihan terhadap orang lain, tetapi mungkin dalam seribu satu perkara, orang lain lebih baik daripada kita walaupun ia tidak dizahirkan.

3)Janganlah sampai kekurangan kita dalam satu sudut membuatkan kita terlalu merendah diri kerana kita juga ada kelebihan dalam sudut yang lain. Abu Bakar mungkin kurang ilmunya jika hendak dibandingkan dengan Ibn Abbas,Ibn Umar dan Ali,tetapi keimanannya telah mengangkatnya menjadi sahabat yang paling utama.

3)Perbanyakkanlah muhasabah diri sendiri daripada memuhasabah orang lain. Kita adalah hamba Allah yang soleh jika kita mencegah kemungkaran. Allah menyukainya, tetapi janganlah disebabkan itu, mata kita dibutakan daripada melihat kesilapan diri. Sentiasalah beristighfar memohon keampunan dari Allah, nescaya Allah akan menyedarkan kita akan kesilapan kita.

4)Cintailah al-Quran dan Hadith, nescaya kita akan tergolong dalam golongan yang diberi petunjuk oleh Allah.

5)Berkatalah yang benar walaupun sukar.Tidaklah kita menyembunyikan kebenaran demi menjaga kepentingan diri.InsyaAllah, Allah akan memperbaiki urusan kita dan mengampunkan dosa kita pula. Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasulnya, maka dia telah memperoleh kejayaan yang besar.

6)Cintailah para ulama' kerana kita akan bersama-sama dengan orang yang kita cintai di akhirat kelak.

Wallahu'alam..Assalamualaikum...

Thursday, September 30, 2010

INILAH KAMI, ANAK-ANAK MUDA WARISAN ALI...

Jika disebut sahaja nama Ali,siapa lagi yang tidak kenal..Beliau adalah sepupu kepada Rasulullah s.a.w,anak kepada Abu Thalib dan merupakan anak angkat Nabi s.a.w.Kasih sayang baginda terhadapnya memang tidak berbelah bahagi.Beliaulah kanak-kanak pertama yang memeluk Islam.Sejak kecil lagi,keberanian dan kelantangannya dalam membela perjuangan Rasulullah sudah terselah.Semasa Rasulullah s.a.w mengumpulkan ahli keluarga baginda di bukit Safa untuk menyebarkan Islam kepada mereka,Ali lah yang betah membela perjuangan baginda apabila seruan baginda ditentang oleh bapa saudaranya sendiri,Abu Lahab sedangkan umurnya pada ketika itu cumalah sekitar 8-10 tahun.Lagi,semasa Rasulullah s.a.w hendak berhijrah ke Madinah apabila rumah baginda dikepung oleh pembunuh-pembunuh upahan yang hendak membunuh baginda,Ali lah yang telah menggantikan tempat tidur baginda demi memperdayakan pembunuh-pembunuh tersebut.Sesunggunya Ali adalah seorang remaja yang pandai mengawal keremajaannya,selalu taat kepada Allah dan Rasulnya,yang tidak pernah melanggar perintah,sanggup menerima arahan apa sahaja tanpa rasa takut dan khuatir.Lantaran peristiwa tersebut,Ali telah mendapat sanjungan dan pujian daripada Allah s.w.t dan sanjungan tersebut telah diabadikan dalam firmanNYA:

"Dan antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambanya"(Al-Baqarah:207)

Begitu besar sekali pujian Allah terhadapnya.Mana tidaknya,bukan senang hendak mempertaruhkan nyawa sendiri jika pada dirinya tiada IMAN...hanya keimananlah yang menjadi pengukurnya...yang berikut saya paparkan lagi kisah-kisah yang menunjukkan keberanian, kegagahan,pengorbanan dan keilmuan remaja ini...

Kegagahan dan Keberanian
Dalam perang Badar,saidina Ali merupakan salah seorang dari tiga yang dipilih oleh Rasulullah s.a.w mewakili tentera-tentera muslimin dalam perang tanding beradu kekuatan. Dlam perang tanding tersebut, beliau ditakdirkan beradu tenaga dengan al-Walid Bin Utbah.Walaupun ketika itu umurnya masih lagi 20 tahun,dengan mudah beliau dapat mengalahkan lawannya.Hasil daripada kemenangan tersebut, maka bertambahlah moral tentera kaum Muslimin untuk berperang,yang mungkin juga salah satu faktor kemenangan mereka dalam perang Badar.

Dalam perang Khaibar pula, setelah tentera yang dipimpin oleh Abu Bakr dan Umar gagal menembusi benteng tentera Yahudi, maka Rasulullah s.a.w menjanjikan kepada kaum Muslimin bahawa benteng Khaibar akan berjaya ditawan oleh seorang pahlawan yang mencintai Allah dan Rasulnya, serta dia dicintai Allah dan Rasulnya. Baginda berjanji akan menyerahkan panji tentera Islam pada orang yang baginda maksudkan. Maka habislah semua para sahabat tertunggu-tunggu siapakah orang yang dimaksudkan baginda. Mereka begitu mengharap agar mendapat pengiktirafan itu.Siapa yang tidak mahukan pengiktirafan daripada Nabi.Akhirnya,pada keesokan paginya selepas solat Subuh, barulah baginda mengumumkan orang yang dimaksudkannya.Siapa lagi kalau bukan Ali,pemuda yang berbadan tegap dan berwajah tampan itu.

Dalam pertempuran tersebut di Khaibar, beliau telah dicabar berlawan dengan seorang pahlawan gagah Yahudi.Dalam pertandingan pedang antara mereka,perlawanan amat sengit sehingga pada suatu ketika perisai Ali dapat dijatuhkan.Setelah Ali menetak jatuh musuhnya, beliau lalu mengarahkan tentera muslimin menggempur masuk kota Khaibar.Jatuhlah tentera Yahudi di tangan tentera-tentera Allah itu.

Keilmuan

Jika hendak dihitung keimanan, maka keimanan Abu Bakar lah yang paling berat..jika hendak dihitung ketegasan maka Umar lah yang paling tegas..jika hendak dihitung akan kelemah lembutan maka Uthman lah yang terlembut dalam kalangan sahabt..tetapi untuk dibandingkan keilmuan, maka tidak terbanding keilmuan Ali...Beliau ialah seorang yang sangat mahir dalam selok-belok hukum-hakam.Ketika Abu Bakr dan Umar menjadi khalifah,mereka tidak akan memutuskan apa-apa pun dalam sesuatu mesyuarat selagi Ali tidak hadir bersama.Kata Umar, "Ali ialah ahli hukum yang tiada tandingannya,Seandainya Ali tiada di sisi Umar,nescaya Umar akan binasa!" Kelimuan Ali juga diakui oleh saidatina Aisyah. Ali sendiri pernah berkata tentang dirinya sebagai berikut, "Bertanyalah kepadaku! Demi Allah, tiada sesuatu yang engkau ingin bertanya kepadaku, melainkan aku dapat memberitahumu jawapannya. Bertanyalah aku tentang Kitab Allah! Demi Allah, tiada sesuatu ayat yang engkau tanyakan kepadaku, melainkan aku tahu tentang apakah ayat itu! Di manakah ia turun..di waktu malam atau siang..apakah di dataran rendah ataupun di pergunungan..."


Maka begitulah kehebatan Ali...beliau menunjukkan contoh dan suri tauladan yang terbaik buat kita semua para pemuda dan pemudi..Umurnya yang muda tidak menghalangnya untuk menjadi berani..Umurnya yang masih mentah tidak menyekatnya untuk menuntut ilmu. Beliaulah pembela agama Islam. Tidak akan beliau membenarkan sesiapa pun mencemari agama ini. Maka sesiapa yang mencontohinya, merekalah anak2 muda yang disayangi Allah dan RasulNYA...mereka tidak mensia-siakan masa muda mereka dengan perkara yang sia-sia. Masa muda mereka diingati..kudrat mereka disyukuri..mereka membela agama Allah ketika dunia mencercanya...mereka mempertahankan agama Allah ketika dunia menyerangnya..Mereka berjuang menuntut ilmu ketika umat dihina.... maka apa lagilah yang dapat disifatkan akan pemuda-pemuda kesayngan Allah ini...Hanyalah Allah sahajalah yang Maha Adil terhadap anak-anak muda ini...

JIKA DAHULU ISLAM ADA "ALI", jangan bimbang, kerana kini "ISLAM ADA KAMI" Silaplah jika kamu wahai musuh2 Allah mengaggap Umat Islam kini sudah lemah, kerana "ISLAM MASIH ADA KAMI!!!"...kamilah pembela umat ini. Jika kami tidak ditakdirkan berjuang di bumi Palestin, maka kami akan berjuang di sini.. Kami inilah penolong2 Allah...Akan kami hidupkan perjuangan kami di sini...Wahai saudara-saudara kami di Palestin, kami amat mengasihanimu dan sungguh kami tidak meridhai keadaan ini...kamu tidak dapat merasa nikmat menuntut ilmu seperti kami tetapi percayalah, perjuangan kamu itu lebih tinggi nilainya di sisi Allah..JANGAN TAKUT! JANGAN GENTAR! kerana kami di sini sentiasa menyokongmu...akan kami hidupkan perjuangan kami di sini...Akan kami menempuh jalan ilmu, akan kami sebarkan Islam di muka Bumi, Akan kami bersatu mengikat janji..

Wahai Allah, pandanglah kami anak-anak muda ini Ya Allah..Sungguh kami hina, sungguh kami lemah, hanya padamu lah tempat kami bergantung harap...Ampunilah Kami di sepanjang kelalaian kami ini..Hanya ini yang kami mampu perjuangkan Ya Allah..Maka dengan nikmat Islam ini, KAU satukanlah hati2 kami...

Kami mengaku usaha kami tidaklah sehebat saudara kami di Palestine, tidaklah sehebat Ali dan tidaklah sehebat para mujahidin...namun begitu kami membela agama ini dengan kami menuntut ilmu kerana dengan ilmu Islam terbela,kami membela agama ini dengan cara kami menyebarkannya,mudah-mudahan hilanglah kekufuran di muka Bumi, Maka lihatlah....INILAH KAMI.....ANAK-ANAK MUDA WARISAN ALI...









Sunday, September 26, 2010

"Memuliakan" bukan bermakna "Mensucikan"

Saya adalah seorang yang suka mengkritik.Mungkin memang itu sifat saya.Mungkin juga kerana saya suka memandang sesuatu dari perspektif yang berbeza dengan orang lain.Sesiapa sahaja yang mengenali saya dengan rapat terutamnya "housemate" saya mungkin mereka akan beranggapan bahawa saya ni orang yang kuat "complain".Sampai di Facebook sekalipun,disebabkan sifat saya yang suka mengkritik,ada juga yang tidak puas hati dengan saya.Bukan hanya di facebook,malah di rumah sekalipun saya kerap kali berdebat dengan ayah dan adik saya terutamnya dalam soal hukum-hakam agama. Namun,satu perkara yang saya kata dalam diri,"Aku peduli apa".Kalau nak diikutkan,memang bnyak perkara lagi yang saya nak complain.Tapi disebabkn saya bimbang saya akan menjadi seorang yang hanya tahu melihat kesilapan orang lain,tetapi gagal melihat kesilapan diri maka saya kurangkan. Walaubagaimanapun, saya rasa tidak salah untuk mengkritik selagi terletak pada kadarnya.Jika dalam dunia ini tiada kritikan,tiadalah peluang seseorang itu untuk memperbaiki diri.Dengan syarat,kita tidak mengkritik sehingga terkena batang hidung sendiri.Saya berlindung dengan Allah daripada perkara itu dan tegurlah saya jika saya melakukannya...

Sesiapa yang kenal rapat dengan saya juga mungkin tahu siapa tokoh yang saya sangat sanjungi.Kalau nak kata dalam Malaysia ni,tokoh yang paling saya sanjung inilah dia.Beliau merupakan seorang ulama' di Malaysia.Saya sangat suka mendengar ceramahnya di internet.Malah saya juga gemar membaca buku-bukunya.Saya sangat tertarik dengan kadar ilmu yang Allah kurniakan kepadanya.Dan melalui dialah saya mula berminat untuk banyak mengkaji tentang agama baik dari soal hadith,hukum hakam fiqh dll.Beliau juga saya lihat sealiran pemikiran dengan ulama-ulama terkenal pada zaman dahulu mahupun kini yang diakui ketinggian ilmu mereka sperti Ibn Taimiyah,Ibn Qayyim dan Dr Yusuf Al-Qaradhawi.Saya melihat beliau tidak sama dengan ulama-ulama lain di negara ini.Beliau sangat tegas dan lantang dalam menentang kejumudan pemikiran umat Islam.Mungkin keberanian beliau inilah yang saya ingin contohi.Tidak mengapalah kalau saya tidak menjadi sehebat beliau asalkan saya dapat mengambil serba-sedikit dari sifatnya.Mungkin saya masih belum mampu mengkritik di khlayak ramai disebabkan kecetekan ilmu saya,tetapi InsyaAllah saya boleh mengkritik melalui penulisan.

Mesej yang hendak saya sampaikan di sini ialah,meskipun saya melihat beliau sebagai seorang yang hebat,walaubagaimanapun saya hanya memuliakannya kerana ketinggian ilmunya,bukan mensucikannya.Inilah bezanya "tauqir" dan "taqdis".

"Tauqir" bermaksud "memuliakan".Ia bererti kita memberikan penghormatan kepada seseorang atau sesuatu pihak. Ia berkaitan dengan nilai ketinggian yang ada pada pihak atau individu tersebut. Jika dia pemimpin, atas nilai kepimpinan yang ada padanya. Jika dia ulama, atau ilmuwan maka atas nilai ilmu yang ada padanya. Jika dia orang tua, atas nilai usia dan pengalaman hidup yang dilalui. Demikianlah seterusnya.

"taqdis" ialah "mensucikan".Ia memberi erti menganggap seseorang atau sesuatu itu terpelihara dari sebarang dosa, atau kesalahan. Menganggap ia suci (sacred) bererti apa sahaja yang datang daripadanya adalah benar dan mulia, tidak boleh dipertikaikan lagi.

Kata Imam Malik rahimahullah:
"Setiap manusia itu diterima dan ditolak percakapannya melainkan Nabi s.a.w. yang maksum."

Apabila saya menghormati ulama' tersebut,saya tidak mengambil pandangannya secara membuta-tuli,malah setelah saya mendengarnya saya akan berfikir dan cuba berhujah dalam akal fikiran saya.Pada kebiasannya,beliau akan mengemukan dalil atas setiap apa yang dikatakannya dan saya akan berpegang pada dalil tersebut untuk saya menyampaikannya pada orang lain.jika saya mendapati beliau tidak mengemukakan dalil,saya memahaminya.Mungkin kerana pada masa itu,terlalu banyak soalan yang diajukan dan beliau tidak sempat.Tetapi selagi saya tidak mengetahui dalilnya,saya tidak akan beramal kepadanya.

Apabila saya berbincang dengan sahabat-sahabat saya tentang hukum-hakam agama,ada antara mereka yang apabila berkata mereka menyelitkan perkataan, "eh,tapi ustaz aku cakap macam ni..." atau "eh,ni orang arab tu yang cakap.." atau "eh,tapi dulu ustazah agama aku cakap macam ni.." atau "eh,tapi benda ni dari dulu lagi orang dah buat.."atau "eh,xkan tok imam masjid salah kot.."...dengan ini,sebenarnya mereka telah mensucikan ustaz-ustaz mahupun tok-tok imam mereka tanpa mereka sedar.Siapa pula pula yang nak tahu apa yang ustaz dia kata.Yang kita nak tahu ialah apa yang Nabi s.a.w kata dan ajar.Mana mungkin kita boleh hanya mengiakan kata-kata tok guru kita tanpa dalil.Apabila kata-kata seseorang itu ditentang dengan hujah,maka bersedialah kita untuk menolak kata-katanya sekiranya ternyata dia salah..Hanya yang terlepas dari kesilapan itu ialah Nabi s.a.w yang maksum..

Walaubagaimanapun, menurut jumhur ulama', bagi orang awam kita dibolehkan dan diharuskan 'bertaqlid"(mengikut sesuatu tanpa tahu sebabnya)..tetapi ia hanya dibolehkan jika kita bertaqlid kepada ulama'2 yang ahli, iaitu orang yang pakar dalam sesuatu bidang ilmu..seperti contoh,Imam As-Syafi'e,Imam Ahmad,Imam Malik,Imam Hanafi dan kalau pada hari ini Dr.Yusuf Al-Qaradhawi dll..bukan bertaqlid kepada ustaz-ustaz mahupun tok-tok imam di kampung kita.kalau ulama'2 di Malaysia ini,pandai-pandailah kita menilai ulama' mana yang ahli.

Maha benar firman Allah,

"Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui"(An-Nahl:43)

Wallahualam..minta maaf jika ada yang tersinggung..
Teguran dari seorang sahabat..

Sunday, September 12, 2010

MENCARI SAKINAH

Pada beberapa minggu yang lepas,slpas pulang daripada menyambut Aidul Fitr kami Persatuan Belia Muslim telah mengadakan sedikit jamuan buat semua ahli persatuan beserta semua peserta yang dijemput hadir yang juga terdiri dalam kalangan non-muslim.Tahniah saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang telah menjemput mereka.Moga Allah memandang perkara ini sebagai salah satu usaha kita mendekatkan mereka dengan Islam.Dalam pada kami menjamu para tetamu,di awal majlis,kami mengambil kesempatan untuk mengadakan sedikit diskusi umum tentang satu tajuk yang saya percaya jarang ia diperbincangkan iaitu "Mencari Sakinah".Di sini saya ingin berkongsi serba-sedikit tentang isi-isi usrah kami.Saya berharap dengan majlis tersebut dapatlah para tetamu termasuk yang non-muslim mendapat gambaran serba sedikit tentang keindahan dan kecantikan agama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w.Tidaklah mereka memandang Agama agung ini menyuruh umatnya mengganas!


Sakinah bermakna ketenangan. “Sakinah” juga mempunyai persamaannya dengan perkataan “sukun” seperti yang kita pelajari dalam ilmu tajwid. “Sukun” memberi makna “berhenti”.Seseorang itu dikatakan diberikan “sakinah” oleh Allah apabila dia berasa aman dan tenteram daripada sebarang dugaan dan ujian yang dihadapi. :Sakinah ialah nikmat yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang beriman dan bergantung harap padaNYA.Seseorang hamba itu menyerahkan dirinya bulat-bulat pada Allah dengan penuh keimanan bahawa Allah tidak akan pernah mensia-siakannya.

Kata Ali Zainal Abidin:

“Ya Allah,janganlah Engkau serahkan diriku ini kepada aku kerana aku tidak mampu menguruskannya,dan janganlah Engkau menyerahkan diriku ini kepada orang lain kerana mereka akan cuai terhadapku”

Perkataan tersebut menzahirkan sifat kehambaan seorang hamba terutamanya apabila ia duduk merintih berseorangan di tengah malam dengan merendahkan hati dengan serendah-rendahnya di hadapan Allah.Dia menangis di hadapan Allah seraya berkata, “Ya Allah,janganlah Engkau serahkan diriku ini kepada aku kerana tidak mampu aku untuk menguruskannya, tetapi Kau serahkanlah diriku ini kepada Engkau,kerana Engkau tidak akan pernah mensia-siakan aku.”Maka terlahirlah fitrah seorang hamba yang manja kepada Sang Pencipta yang tidak ada yang layak disembah melainkanNYA.

Sungguh makna “sakinah” ini tidak dapat diungkapkan dengan tepat melainkan kepada insan yang pernah merasainya sahaja yang dapat mengerti erti sebenar kemanisan “sakinah” ini.Sesungguhnya contoh terbaik bagi makna ini telah ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w dan Abu Bakr r.a ketika mereka berusaha untuk berhijrah ke madinah.Mereka menjadi orang buruan bagi pembunuh-pembunuh upahan yang dahagakan harta dan diupah oleh kaum musyrikin Makkah untuk membunuh mereka berdua sehingga mereka terpaksa menyorok di dalam gua Thur.Semasa mereka di dalam gua inilah terzahirnya sifat kehambaan mereka berdua.Mereka berserah diri bulat-bulat kepada Allah.Ketika para pemburu Quraisy berada di mulut gua untuk mencari mereka, Abu Bakr terlalu bimbang,keringat sejuknya membasahi wajah dan tubuhnya. Dia membisik kepada Rasulullah s.a.w sedang air matanya mengalir,katanya: Jika mereka menunduk ke tanah tentu mereka akan nampak kita.Tetapi Rasulullah terus tenang dan hanya ingat kepada Allah,memohon pertolongan dan penjagannya. Apabila beliau melihat Abu Bakr yang bimbang itu,beliau lalu mententeramkannya seraya berkata: “Janga bimbang dan bersusah hati,Sesungguhnya Allah bersama dengan kita.”Allah menghargai pengorbanan mereka ini dan merakamkan peristiwa ini lalu berfirman:

“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”(At-Taubah:40)

Maha cantik dan benar firman Allah itu.Walaubagaimanapun,tidak dapat seseorang itu merasai kemanisan sakinah sehingga mereka mempunyai sifat “Tawakkal”.

Tawakkal

Firman Allah:

“(Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal.”(Ali Imran:122)

Sangat indah makna tawakkal ini.Apabila seseorang hamba itu dapat merasainya dengan penuh keimanan,maka dia akan mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa.Seperti kata sesetengah ahli kerohanian, “sesiapa yang tidak mengalaminya,dia tidak akan faham maksud ini.”Apabila orang-orang yang bertawakkal ini menghadapi kebahayaan,tidak ada apapun yang bertambah pada diri mereka melainkan keimanan.

Maha benar firman Allah:

“Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).” (Ali Imran:173)

Thursday, August 19, 2010

Ke arah gaya berfikir "ulul albab"


Alhamdulillah, seiring dengan era perkembangan zaman ini,saya melihat umat Islam terutamanya anak-anak muda sudah mempunyai satu corak pemikiran yang lebih terbuka dan luas tentang Islam.Jika pada zaman dahulu,apabila mereka menuntut ilmu daripada seseorang guru maka segala yang diajarkan oleh guru tersebutlah yang akan dipegang dan disisip sebagai prinsip hidupnya tanpa keraguan dan mengetahui akan asal-usul dari mana dalilnya seseorang guru tersebut menyatakan tentang sesuatu perkara.Jika dahulu,ustaz-ustaz memerintahkan anak-anak murid duduk selepas solat dan berzikir beramai-ramai dan kemudian mengaminkan doa imam,maka mereka akan mengikutnya tanpa sebarang persoalan.Jika dahulu di sekolah,diamalkan zikir secara kuat antara dua rakaat solat tarawih dengan menyebut nama-nama khulafa’ ar-rashidin,maka tiada siapa yang bangkit bertanya kepada si ustaz apakah asasnya mereka melakukan perkara itu.Tetapi kini,zaman sudah berubah.Jika dahulu di rumah datuk nenek kita tidak ada TV,sekarang amat sukar sekali untuk menjumpai rumah yang tidak mempunyai TV.Bahkan saya pernah terlihat rumah setinggan pun, terpacak kabel Astro di bumbungnya.Jika dahulu datuk nenek kita sukar untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna,kalau pergi ke sekolah pun terpaksa menaiki basikal atau berjalan kaki sahaja,tetapi sekarang di setiap ceruk dan bandar pun terdapat sekolah-sekolah yang tersergam indah.Hendak pergi ke sekolah pun menaiki kereta,motor..kalau yang lebih hebat ada yg menaiki STAR LRT,KTM dan sebagainya.Sekarang semuanya sudah baru.Segala kemudahan sudah dipertingkatkan.Kita sudah tidak perlu lagi mengalami segala macam kesusahan yang mereka alami.Kerana apa?kerana kini semuanya sudah BARU.
Apabila teknologi dan kemudahan sudah semakin baru seiring dengan perkembangan zaman, begitulah perbandingannya dengan gaya pemikiran umat Islam pada zaman sekarang yang sudah apa?sudah BARU...Segalanya sudah baru.Sekarang anak-anak muda ingin tahu apakah asasnya sesuatu perkara yang mereka lakukan.Jika mereka selalu zikir beramai-ramai selepas solat,mereka akan bertanya di dalam hati, “adakah itu amalan yang dilakukan oleh Nabi s.a.w dan disukai Allah?ke aku yang pandai-pandai tambah?”.Jika mereka mengamalkan zikir menyebut nama khulafa’ ar-rashidin semasa tarawih,maka akan timbul persoalan di fikiran mereka, “Dulu masa zaman Nabi dan sahabat,diorang buat ke benda ni?kalau diorang sebut nama khalifah masa zaman Nabi,kenapa plak susah-susah nak bincang utk lantik khalifah.Lantik je la terus ikut zikir tu.Ish..tak logik tol..panas toooll….”Mungkin begitulah scenario yang berlaku pada hari ini.Para remaja terutamanya sudah menunjukkan gaya pemikiran yang menuju kepada pemikiran “ulul albab”.Inilah pemikiran yang dituntut oleh Allah. Firman Allah dalam al-Quran,

“oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu. (17) Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. (18)”(Surah az-Zumar:17-18)

Dalam ayat ini,Allah dengan jelas menyifatkan ciri-ciri khas “ulul-albab” iaitu orang-orang yang berakal sempurna.Sebelum menerima sesuatu perkara yang didengari mereka,maka mereka menyiasat terlabih dahulu akan apa yang mereka dengari.Jika perkara tersebut baik pada hukum agama,maka mereka akan menurutnya.Segala apa yang mereka dengari meskipun perkara tersebut datangnya daripada seorang ustaz yang mereka sanjung, maka mereka akan membentangkannya pada al-Qur’an dan Sunnah,tidak mengikut membuta-tuli.

Satu perkara yang saya ingin mengingatkan diri saya dan kepada kita semua agar kita tidak mudah terperdaya dengan adat mahupun kebiasaan yang dilakukan dalam masyarakat kita.Mungkin sesuatu perkara itu merupakan kebiasaan dalam masyarakat kita dan kita sudah mengamalkannaya sejak kecil.Akan tetapi secara tiba-tiba ada orang yang datang mengatakan kepada kita, “perkara tersebut adalah salah dan tidak ada asasnya daripada Nabi.s.a.w”.Pasti akan terdetik di hati kita, “Ish..benda ni dah lama aku buat.sejak zaman nenek moyang aku lagi orang dah buat benda ni.Kalau benda ni salah,tak kan diorang tak tau.”Sedarlah kita bahawa setiap manusia itu tidak terlari daripada melakukan kesilapan melainkan Nabi s.a.w yang maksum.Kata As-Syatibi,

“Maka wajib bagi kita untuk mengikut orang yang terhalang daripada melakukan kesilapan(Rasulullah s.a.w) dan berhenti daripada mengikut sesiapa yang tidak terhalang daripada silap apabila melihat kekeliruan pada ikutan tersebut.”

Maha benar firman Allah,

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah", mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama) dan tidak pula mendapat petunjuk hidayat (dari Allah)? (170)”(surah al-Baqarah:170)

Wallahualam….

Friday, August 13, 2010

Wallahualam...ini ialah fatwa Dr.Yusuf al-Qaradhawi....Allah dan Rasulnya lebih mengetahui...


Yang berikut ialah sedikit perkara penting yang saya salin sendiri berdasarkan fatwa Dr.Yusuf al-Qaradhawi tentang hukum berjabat tangan dengan lain jantina yang bukan mahram seperti yang saya baca dalam bukunya, ’Fatwa-fatwa Kontemporari al-Qaradhawi’:
Kata-kata Yusuf al-Qaradhawi:
Sebelum memasuki pembahasan dan diskusi ini,saya ingin mengeluarkan dua buah gambaran dari lapangan perbezaan pendapat ini,yang saya percaya bahawa hukum kedua gambaran itu tidak diperselisihkan oleh fuqaha’-fuqaha’ terdahulu,menurut pengetahuan saya.Kedua gambaran itu ialah:


Pertama
Diharamkan berjabat tangan dengan wanita apabila disertai dengan syahwat dan taladzudz(berlazat-lazat) dari salah satu pihak,lelaki atau wanita(kalau keduanya dengan syahwat sudah tentu lebih terlarang lagi) atau dibelakang itu dikhuatiri akan terjadinya fitnah,menurut dugaan yang kuat.Ketetapan diambil berdasarkan hipotesis bahawa menutup jalan menuju kerosakan itu adalah wajib.lebih-lebih jika telah nampak tanda-tandanya dan tersedia sarananya.
Kedua
Dibolehkan berjabat tangan dengan wanita tua yang sudah tidak punya ghairah terhadap lelaki, demikian pula dengan anak-anak kecil yang belum mempunyai shahwat terhadap lelaki.kerana berjabat tangan dengan mereka itu aman dari sebab-sebab fitnah.Begitu pula bila si lelaki sudah tuadan tidah punya ghairah terhadap wanita.
Hal ini didasarkan pada riwayat dari Abu Bakar r.a bahawa beliau pernah berjabat tangan dengan beberapa orang wanita tua, dan Abdullah bin Zubair mengambil pembantu wanita tua untuk merawatnya,maka wanita itu mengusapnya dengan tangannya dan membersihkan kepalanya dari kutu.
Hal ini sudah ditunjuki oleh al-Quran dalam membicarakan perempuan-perempuan tua yang telah berhenti dari haid dan mengandung dan tiada ghairah terhadap lelaki,di mana mereka diberi keringanan dalam beberapa masalah pakaian yang tidak diberikan kepada yang lain.(Lihat Surah an-Nur:60).
Dikecualikan pula lelaki yang tidak memiliki ghairah terhadap wanita dan anak-anak kecil yang belum muncul hasrat seksualnya.Mereka dikecualikan dari sasaran larangan terhadap wanita-wanita mukminah dalam hal menampakkan perhiasan. (Lihat surah an-Nur:31)

Tema pembicaraan
Dua perkara di atas ialah yang disepakati oleh para ulama’.Yang menjadi tema perbincangan beliau ialah golongan-golongan selain daripada kedua-dua kelompok tadi.Beliau mengemukakan sebuah hadis untuk diperbincangkan.Hadithnya berbunyi begini, “Sesungguhnya ditusuknya kepala salah seorang di antara kamu dengan jarum besi itu lebih baik daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”Hadith ini diriwayatkan oleh Thabrani dan Baihaqi dari Ma’qil bin Yasar.Menurut beliau,ada beberapa hal yang perlu diperhatikan berkenaan dengan pengambilan hadith ini sebagai dalil:
1. Kesahihannya diragui
2. Fuqaha’ Hanafiah dan sebahagian fuqaha’ hanafiah mengaitkan pengharaman tidak boleh ditetapkan kecuali dengan dalil yang qath’I yang tidak ada kesamaran padanya.
3. Andaikata diterima bahawa hadis itu sahih,maknanya kurang jelas.Perkataan “menyentuh” itu cumalah kinayah(kiasan).Ia tidak bermaksud menyentuh kulit tanpa syahwat tetapi maksud “menyentuh” dalam hadith ialah tidakan-tindakan dalam kategori jimak,seperti mencium,memeluk,dan lain-lain yang merupakan pendahuluan bagi jimak .Seperti dalam surah Ali Imran,ayat 47, “Betapa mungkin aku mempunyai anak,padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang lelaki pun”.Oleh itu,perkataan al-mass atau al-lams ketika digunakan dalam konteks lelaki dan perempuan tidaklah dimaksudkan semata-mata bersentuhan kulit biasa tetapi yang dimaksudkan ialah mungkin jimak atau pendahuluannya seperti memeluk,mencium dan sebagainya yang merupakan sentuhan disertai syahwat dan kelazatan.Ibnu Abbas dan sebahagian sahabat berkata, “Allah itu Pemalu dan Maha Mulia. Ia membuat kinayah untuk sesuatu sesuai dengan yang Ia kehendaki.”

Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa beliau telah berusaha mencari dalil yang memuaskan yang secara tegas mengharamkan persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan tetapi tidak juga ditemui.
Tambahan pula,ada hadith sahih yang diriwayatkan oleh Sahihain(sahih Bukhari dan Muslim) dan kitab-kitab sunan bahawa Nabi S.A.W tidur siang hari di rumah bibik Anas yang bernama Ummu Haram dengan meletakkan kepala beliau di pangkuan Ummu Haram, dan Ummu Haram membersihkan kepala Baginda daripada kutu.Al-Hafiz Ibnu Hajar menjelaskan bahawa hadith ini membolehkan tetamu tidur siang di rumah orang lain(tuan rumah) dengan memenuhi pensyaratannya, seperti dengan adanya izin dan aman dari fitnah, dan bolehnya wanita asing(bukan isteri) melayani tetamu dengan menghidangkan makanan,menyediakan keperluannya dan sebagainya.Ummu Haram bukan mahram pun dengan nabi S.A.W.Walaubagaimanapun,beliau ialah seorang yang rapat dan mempunyai hibungan yang erat dengan Nabi S.A.W.Ad-Dimyati berkata, “Hadith ini tidak menunjukkan bahawa terjadinya khalwat antara Nabi S.A.W dengan Ummu Haram, kemungkinan pada waktu itu disertai oleh anak,pembantu,suami, atau pendamping.


PENILAIAN SEMULA
Pada hakikatnya,perbahasan al-Qaradhawi tentang permasalahan ini sangat panjang, tetapi saya cuma memetik beberapa ulasan yang saya rasakan perlu untuk kita mudah memahaminya.Daripada perbahasan beliau,yang berikut ialah kesimpulan yang beliau kemukakan:
Yang mantap di hati saya ialah bahawa semata-mata bersentuhan kulit tidaklah haram. Apabila didapati sebab-sebab yang menjadikan percampuran(pergaulan) seperti yang terjadi antara Nabi S.A.W dengan Ummu Haram serta aman dari fitnah bagi kedua belah pihak, maka tidak mengapalah berjabat tangan antara lelaki dan perempuan apabila diperlukan,seperti ketika datang dari perjalanan jauh,seorang kerabat lelaki berkunjung kepada kerabat wanita yang bukan mahramnya atau sebaliknya, seperti anak anak perempuan sepupu,atau anak perempuan bibik atau isteri sepupu, dan sebagainya, lebih-lebih lagi jika pertemuan itu setelah lama tidak berjumpa.

Dalam penutup pembahasan ini,ada dua hal yang perlu saya(al-Qaradhawi) tekankan:

Pertama
Berjabat tangan antara lelaki dan perempuan itu hanya dibolehkan apabila tidak disertai dengan syahwat serta aman dari fitnah. Apabila dikhuatiri terjadi fitnahterhadap salah satunya(apatah lagi kedua-duanya)maka keharaman berjabat tangan tidak diragukan lagi.
Bahkan seandainya kedua syarat ini tidak dipenuhi,iaitu tiada syahwat dan tiada fitnah,meskipun berjabat tangan dengan mahramnya juga adalah haram.
Bahkan seandainya berjabat tangan dengan anak kecil pun haram hukumnya jika kedua syarat itu tidak dipenuhi.

Kedua
Hendaklah berjabat tangan itu atas keperluan sahaja,iaitu dengan kerabat atau besan yang terjadi hubungan yang erat dan akrab di antara mereka; dan tidak baik hal ini diperluas kepada orang lain, demi membendung pintu kerosakan, menjauhi syubhat,mengambil sikap hati-hati dan meneladani Nabi S.A.W.Tidak ada riwayat yang kuat yang menyebutkan bahawa beliau pernahberjabat tangan dengan wanita yang lain (bukan kerabat atau tidak mempunyai hubungan yang erat)
~TAMAT PERBAHASAN AL-QARADHAWI~

Tujuan saya memaparkan artikel ini bukanlah untuk menyebar2kan dn menggalakkn anak muda-mudi bersentuhan kulit lelaki dn perempuan,ataupun untuk mengelirukan insan tetapi ia adalah untuk mengingatkn kita agar kita tidak sewenang2nya mengharamkan apa yg tidak diharamkn oleh Allah dan Rasulnya.Apa yang dihalalkn Allah itu halal,dan apa yg diharamkan Allah itu haram.Dan apa yg didiamkannya itu dimaafkan.terimalah kemaafan dari Allah.Sesungguhnya Allah tidak lupa akan satu perkara pun.Cume yg jelas keharamannya ialah dua org yg bersentuhan kerana nafsu syahwat.Apabila disyaki lelaki dn wanita bersentuhan kulit secara syahwat(cth,dating,pastu brpegangan tangan),patut dicegah untuk membendung pintu kemungkaran.Wallahu'alam...

Sunday, May 23, 2010

ILMU FIQH

Apa maksud ilmu Fiqh?

Dari segi bahasa kalimah Fiqh bermaksud memahami. Pada asalnya ia bermaksud memahami agama secara keseluruhannya. Namun kemudiannya dikhususkan ulamak kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan hal-ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak.

Secara lebih jelas, ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulamak sebagai; "Ilmu berkenaan hukum-hakam Syarak yangbersifat 'amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci".

Huraian;

1. Para ulamak membahagikan hukum-hakamSyarak kepada tiga iaitu;
a) Hukum-hakam I’tiqad
b) Hukum-hakam ‘Amali
c) Hukum-hakam akhlak.
Medan pengajian ilmu Fiqh ialah yang kedua di atas iaitu hukum-hakam amali. Ilmu Fiqh tidak menyentuh tentang hukum-hakam I’tiqad, begitu juga tidak menyentuh tentang akhlak.

2. Perkataan Syarak bermaksud Allah dan Rasul. Dalil-dalil Syarak pada dasarnya ialah Kitab Allah (yakni al-Quran) danSunnah RasulNya. Namun secara terperinci ia merangkumi juga Ijmak, Qiyas dan sebagainya.

Apakah tujuan mempelajari ilmu Fiqh?

Tujuan mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum-hakam Syara’ mengenai setiap tingkah laku manusiadan melaksanakan hukum-hakam tersebut dalam kehidupan dalam segenap ruang dan lapisannya.

Ilmu Fiqh amat berguna sama ada kepada ulama’, mufti, qadhi mahupun orang awam biasa. Bagi para ulama, mufti dan qadhi, mereka perlu mendalami ilmu ini untuk mengajar orang ramai tentang hukum Syara’, memberi fatwa dan memutuskan hukuman terhadap sesuatu kes.
Adapun orang awam, mereka perlu mengetahui ilmu ini agar dapat menjalani kehidupan seharian bertepatan dengangaris panduan yang ditetapkan Syara’.

Apa maksud hukum Syarak?

Kita sebutkan tadi bahawa tujuan mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum Syara’ atas setiap perbuatan kita. Apa yang dimaksudkan dengan hukum Syara’? Hukum Syara’ ialah "Ketetapan dari Allah ke atas perbuatan-perbuatan hamba yang mukallaf sama ada ia perlu dilakukan atau perlu ditinggalkan atau diberi pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya". Ketetapan ini diketahui berdasarkan penelitian terhadap dalil-dalil Syara' iaitu al-Quran, as-Sunnah, Ijma', Qias dan sebagainya oleh para ahli Fiqh atau Mujtahid.

Berapakah pembahagian hukum Syarak?

Melihat kepada pengertian hukum di atas, dapat kita simpulkan bahawa perbuatan-perbuatan hamba mengikut hukum Syarak berada dalam tiga bahagian besar;

Pertama; Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan

Kedua; Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan

Ketiga; Perbuatan-perbuatan yang diberi pilihan (yakni terserah kepada manusia sama ada ingin melakukannya ataumeninggalkannya)

Kemudian, bahagian pertama dan kedua terbahagi pula kepada dua jenis;

Pertama; Yang dituntut secara jazam iaitu tuntutan mesti.

Kedua; Yang dituntut tidak secara jazam, iaitu tuntutan secara galakan sahaja, bukan tuntutan mesti atau wajib.

Bagi bahagian pertama (iaitu perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan), jika jenis tuntutan adalah jazam (yakni mesti), maka ia dinamakan wajib. Adapun jika jenis tuntutan adalah tidak jazam (tidak mesti), iaitu hanya galakan sahaja, maka ia dinamakan sunat. Bagi bahagian kedua pula (iaitu perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan), jika jenis tuntutanadalah jazam (yakni mesti), maka ia dinamakan haram. Adapun jika jenis tuntutan adalah tidak jazam (tidak mesti), iaitu hanya galakan sahaja, maka ia dinamakan makruh.

Kesimpulan

Setelah memahami pengertian dan pembahagian hukum Syarak di atas, dapat kita simpulkan perbuatan-perbuatan mukallaf mengikut hukum Syarak terbahagi kepada lima jenis;

1. Yang wajib; iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang mesti dilakukan di mana jika ditinggalkan akan berdosa.

2. Yang sunat; iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang digalakkan melakukannya oleh Syarakiaitu diberi pahala sesiapa yang melakukannya, namun tidaklah berdosa jika ditinggalkannya.

3. Yang haram; iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang mesti ditinggalkan di mana jika dilakukan akan berdosa.

4. Yang makruh; iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang digalakkan meninggalkannya iaitu diberi pahala kepada orang yang meninggalkannya (kerana Allah), namun tidak dikira berdosa jika dilakukannya.

5. Yang mubah (harus); iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang diserah kepada pilihan manusia samaada ingin melakukannya atau meninggalkannya di mana sebarang pilihannya tidak akan membawa implikasi dosa atau pahala.

Tidak ada perbuatan mukallaf dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya melainkan tertakluk dengan salah satudari hukum lima di atas.

Apa makna mukallaf? Siapakah yang dikatakan sebagai mukallaf?

Mukallaf ialah seorang yang telah mencukupi syarat untuk diberikan taklif Syarak (yakni tuntutan dankewajipan Syarak). Orang yang mukallaf wajib mematuhi ketetapan agama dan setiap perbuatan dan perlakuannya tertakluk dengan hukum yang telah ditetapkan oleh agama sama ada wajib, haram, harus dan sebagainya tadi. Syarat-syarat mukallaf ialah:
1. Telah sampai umur (yakni baligh)
2. Memiliki akal yang waras
3. Sampai dakwah kepadanya
4. Sempurna pancaindera, khususnya penglihatan atau pendengaran.

Siapakah orang-orang yang terkeluar dari kelompok mukallaf?

Dari takrif dan syarat-syarat mukallaf tadi, terkeluar dari kelompok mukallaf:
1. Kanak-kanak yang belum baligh. Kanak-kanak yang mati sebelum baligh, ia akan selamat (dari siksaan Allah)sekalipun anak-anak orang kafir.
2. Orang gila atau tidak siuman
3. Orang-orang yang tidak sampai dakwah kepadanya termasuklah ahlul-fatrah iaitu orang-orang yang hidup di antara zaman pengutusan Rasul (*yakni mereka jauh dari Rasul yang terdahulu dan tidak berkesempatan dengan Rasul yang bakal datang) atau hidup di zaman Rasul yang bukan diutuskan kepada mereka. Mereka akan selamat dari siksaan Allah kerana tidak sampai dakwah kepada mereka.
(Rujuk: Hasyiyah Imam al-Baijuri ‘ala Jauharati-Tauhid, hlm. 67-68).

Apa cabang-cabang ilmu yang terkandung dalam ilmu Fiqh?

Ilmu Fiqh merangkumi dua bahagian besar;

1. Ibadah; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia dengan Tuhan. Ia merangkumi ibadah solat, puasa,zakat, haji dan sebagainya.

2. Mu'amalat; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia sesama manusia. Cabang mu’amalat ini merangkumi pula bidang-bidang berikut;

a) Hukum-hakam tentang kekeluargaan yang merangkumi perkahwinan, perceraian, perwarisan, nafkah dan sebagainya.

b) Hukum-hakam tentang harta seperti jual-beli, sewa-menyewa, gadaian, jaminan dan sebagainya.

c) Hukum-hakam tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran negara merangkumi kewajipan melantik ketua negara, tanggungjawab ketua negara/pemimpin dan hak dan kewajipan rakyat/warga negara.

d) Hukum-hakam tentang kehakiman/pengadilan merangkumi membuat keputusan (al-qadha), pendakwaan, prinsip-prinsip hukuman, kesaksian, sumpah, keterangan dan sebagainya.

e) Hukum-hakam tentang ahli Zimmah (orang bukan Islam yang mendiami dalam negara Islam) merangkumi hak-hak dan tanggungjawab mereka terhadap negara dan sebagainya.

f) Hukum-hakam tentang hubungan antarabangsa merangkumi hubungan negara Islam dengan negara-negara luar di masa damai atau ketika perang.

g) Hukum-hakam tentang kewangan negara merangkumi sumber-sumber pendapatan negara dan perbelanjaan-perbelanjaannya.

h) Hukum-hakam tentang jenayah dan hukuman; merangkumi penetapan perkara-perkara yang terlarang dan hukuman-hukumannnya, cara-cara menetapkan/mensabit kesalahan-kesalahan jenayah dan perlaksanaan hukuman terhadapnya.

Apakah sumber-sumber ilmu Fiqh?

Sumber-sumber ilmu Fiqh bermaksud dalil-dalil yang menjadi sandaran ahli-ahli Fiqh (Faqih atau Fuqahak) dalam mengeluar hukum-hakam Fiqh. Ia terdiri dari sumber-sumber asal dan sumber-sumber sokongan. Sumber asal bagi ilmu Fiqh ada dua sahaja iaitu;

1. Al-Quran
2. As-Sunnah

Sumber-sumber sokongan bermaksud dalil-dalil tambahan yang membantu ahli-ahli Fiqh untuk mengeluarkanhukum-hakam Fiqh menepati prinsip sumber asal di atas (al-Quran dan as-Sunnah). Ia terdiri dari;

1. Ijmak
2. Qiyas
3. Istishab
4. Masalih Mursalah
5. Istihsan
6. 'Uruf
7. Syari'at terdahulu

Wednesday, May 12, 2010

SOLAT DI RUMAH YANG ADA ARAK

Assalamualaikum w.b.t...baru-baru ini,saya pernah diajukan satu soalan daripada seorang sahabat saya..sama ada bolehkah kita solat di tempat yang terdapat arak di dalam kawasan tersebut.Sekaligus saya melihat perkara ini,saya mengatakan ini adalah satu persoalan yang tidak perlu timbul kerana ia adalah perkara yang remeh dan tidak perlu diwas-waskan.Walaubagaimanpun,Alhamdulillah..setelah meneliti perkara ini dengan lebih lanjut dan mendalam,saya dapati bahawa dengan timbulnya pemikiran dan permasalahan seperti ini,ia sebenarnya menunjukkan bahawa umat Islam pada hari ini tidak hanya berpegang pada cakap-cakap kosong sahaja,tetapi mereka ingin dan perlu kepada hujah-hujah yang kuat.Tahniah saya ucapkan kepada beliau yang telah menanyakan soalan ini kepada saya.Sesungguhnya agama Islam itu ialah agama yang berpaksi pada hujah dan dalil daripada Al-Qur'an dan As-Sunnah.Apa-apa sahaja yang dikatakan sekalipun ia menyerupai perkara agama,selagi mana ia tidak disokong dengan hujah,maka ia bukanlah Islam.

Sebelum kita meneliti lebih lanjut tentang permasalahan ini,saya ingin mengingatkan kepada diri kita supaya kita dapat melihat perkara ini dengan minda yang terbuka dan selari dengan ajaran Islam yang sebenar,bahawa "Islam itu mudah".Setelah kita dapat menyematkan dengan kemas prinsip ini dalam pemikiran,barulah saya akan membuka pintu perbincangan tentang ini.Mari sama-sama kita renung firman Allah: يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ

Pengertian: "Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"(Al-Baqarah:185)

Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauiziyyah(meninggal 751H) juga pernah mengatakan bahawa:"Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat.Syariah Islam itu segalanya keadilan,kebaikan dan hikmat.Maka setiap perkara yang terkeluar daripada keadilan kepada kezaliman,daripada rahmat kepada yang berlawanan dengannya,daripada kebaikan kepada kerosakan,daripada hikmat kepada sia-sia,maka ia bukan syariat Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya."


HUJAH PERTAMA

"Adakah arak itu najis?"

pendapat pertama:

Pendapat yang pertama menyatakan bahawa khamar itu adalah najis. Ini adalah merupakan pendapat jumhur ulama, di antaranya adalah imam mazhab yang empat, dan pendapat ini dipilih oleh sheikhul Islam Ibnu Taimiyah. Hujah mereka adalah firman Allah s.w.t.:يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Pengertian:Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan.Menurut mereka, maksud kalimah rijs di situ adalah membawa najis. Maka, dengan itu mereka menyatakan bahawa kenajisan arak itu adalah termasuk kategori najis hissiyah (najis dari sudut ain yang boleh dikesan dengan pancaindera).

pendapat ke-2:

khamar itu suci (tidak najis). Ini adalah pendapat Rabi’ah, al-laits, al-Muzani, dan selainnya dari kalangan salaf. Dan ini adalah pendapat yang dipilih oleh asy-Syawkani, ash-Shan’ani, Ahmad Syakir, dan al-Albani rahimahullah. Inilah pendapat yang rajih berdasarkan alasan-alasan sebagaimana yang akan dijelaskan.Pendapat yang menyatakannya sebagai suci dan tidak najis adalah berdasarkan beberapa alasan-alasan berikut,

1 – Tidak ada keterangan dalam ayat tersebut yang menunjukkan najisnya khamar. Hal itu dapat dilihat dari beberapa sudut,

- kata rijs adalah musytarak. Kalimat/perkataan ini memiliki pengertian yang sangat banyak. Di antaranya adalah kotoran, suatu yang diharamkan, keburukan, siksa/azab, laknat, kufur, kejahatan, dosa, majis, dan lain-lain. (Rujuk: an-Nihayah, Ibnul Atsir, Lisanul ‘Arab dan Mukhtarus Shihah, juga kitab-kitab tafsir)

- Menurut Ibnu Abbas, makna rijs adalah sukhth (dibenci). Manakala Ibnu Zaid menyatakan, rijs adalah syarr (keburukan).- Kata rijs disebutkan di dalam al-Qur’an pada beberapa tempat. Namun, tidak ada satu pun dari ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa rijs membawa maksud najis.

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, perjudian, berhala dan menilik nasib itu adalah perbuatan rijs (keji) termasuk amalan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan tersebut agar kamu mendapat keberuntungan!”. (al-Maidah, 5: 90)

“Begitulah Allah menimpakan rijs (siksa) kepada orang-orang yang tidak beriman”. (al-An’am, 6: 125)

“Kerana sesungguhnya mereka itu adalah rijs (najis) dan tempat mereka adalah Jahanam”. (at-Taubah, 9: 95)

“Maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang rijs (najis) itu dan jauhilah perkataan-perkataan dusta”. (al-Haj, 22: 30)

- Ketika khamar dalam ayat itu disebutkan bersama dengan berjudi dan mengundi nasib, maka ini merupakan indikasi (petunjuk) yang kuat yang memalingkan makna rijs kepada selain makna najis. Demikian juga dalam firman-Nya:

“Maka berpalinglah dari mereka (orang-orang yang kafir/ingkar); Kerana sesungguhnya mereka itu adalah rijs (najis) dan tempat mereka adalah Jahanam”. (at-Taubah, 9: 95)

Kerana ada dalil-dalil shahih yang menunjukkan bahwa tubuh orang musyrik itu tidak najis.- Ayat-ayat (dalil-dalil) yang menunjukkan pengharaman khamar tidak pun menunjukkan kenajisannya, tetapi benda yang najis sudah pasti adalah benda yang haram, dan benda yang haram belum tentu ia membawa maksud kepada najis fizikalnya. Sebagai contohnya, diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki, padahal kedua-duanya benda yang suci menurut syar’i dan ijma’.

- Kata rijs pada ayat tersebut diikat dengan perkataan “termasuk amalan syaitan”. Maka, ia adalah rijs amali (perbuatan yang najis), yang bererti sangat buruk, diharamkan atau dosa. Bukanlah bererti najis ‘aini, sehingga meletakkan keududukan (hukum) benda-benda yang disebutkan dalam ayat tersebut sebagai najis.

2 - Dalam hadis tersebut disebutkan, daripada Anas radhiyallahu ‘anhu, “Rasulullah memerintahkan seseorang untuk mengumumkan: “Ketahuilah sesungguhnya khamar telah diharamkan.” “Aku pun keluar rumah dan menumpahkannya sehingga mengalir di jalan-jalan kota Madinah.” (Hadis Riwayat Bukhari, 2332. Muslim, 1980)

Dalam hadis yang lain, yang mengisahkan tentang seorang laki-laki yang membawa dua buah kantung air terbuat dan kulit yang di dalamnya terisi khamar. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Sesungguhnya Allah mengharamkan meminumnya dan mengharamkan menjualnya.” Maka laki-laki itu membuka penutup dua kantung itu lalu menumpahkannya hingga habis isinya.” (Hadis Riwayat Muslim, 1206)

Seandainya khamar itu najis, pastilah Rasulullah memerintahkan untuk menyiramkan air pada tanah yang terkena khamar tersebut untuk mensucikannya. Sebagaimana Rasulullah memerintahkan untuk menuangkan air pada air kencing seorang Arab badui sebagaimana dalam suatu hadis. Dan tentunya, Rasulullah akan memerintahkan mereka untuk menjauhinya.Dan kalaulah khamar itu najis, tentulah Rasulullah memerintahkan pemilik dua kantung air itu untuk mencucinya.

3 - Perlulah difahami bahawa hukum asal setiap sesuatu itu adalah suci. Tidak dapat dipindahkan hukumnya kecuali dengan dalil yang sahih, dan dalam hal ini tidak ada dalil yang menunjukkan kenajisannya. Maka tetaplah ia pada hukum asalnya.

Pada pengamatan saya,apabila diteliti kedua-dua pendapat tadi, saya lebih suka jika kita mengambil pendapat yang ke-2 kerana:

1.Hujah-hujah yang dikemukakan lebih kuat dan diyakini.
2.Ia adalah pendapat yang diambil daripada ulama' salaf yang lebih dekat masa kehidupan mereka dengan nabi.Jadi,pemahaman mereka terhadap syariat tentulah lebih baik.
3.Pada zaman yang serba moden ini,pendapat yang ke-2 tampak lebih memudahkan selari dengan konsep "kemudahan" dalam Islam.

Tambahan pula,jika benar sekalipun arak itu najis pada fizikalnya,selagi ia tidak terkena pada pakaian,tidak menjadi masalah.


HUJAH KE-2

"Jadi,bolehkah solat di tempat yang ada arak?"

Berdasarkan hujah pertama,ia mengatakan bahawa arak itu adalah disifatkan sebagai laknat,kufur dan kejahatan.Tetapi,adakah disebabkan kehinaan itu menyebabkan terlarangnya kita daripada melakukan solat di sesuatu tempat yang adanya arak? Mari kita sama-sama lihat pada hadith yang berikut:

Telah datang daripada Nabi Muhammad SAW dalam satu hadis yang bermaksud: Aku telah diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada nabi-nabi sebelum ini. Dan disebut lima perkara tersebut- Maka Nabi bersabda: Dijadikan kepada ku bumi ini sebagai masjid dan tempat yang bersih. Maka mana-mana lelaki diantara umat ku yang hendak melakukan solat (di atas mana-mana bumi) maka lakukannya. [ dalam Sohihaini- Bukhari & Muslim- daripada hadis Jabir]

Saya juga ingin mengajak agar kita sama-sama berfikir,adakah jika kita beranggapan bahawa tidak boleh kita solat di tempat yang ada arak,itu akan menunjukkan konsep "kemudahan" dalam Islam?atau adakah ia hanya menunjukkan bahawa Islam itu susah lagi menyusahkan?fikir sajalah bagaimana kita hendak solat di bilik-bilik hotel yang sesetengahnya apabila kita membuka peti ais ada sahaja tin-tin arak di dalamnya.Ataupun yang lebih perit lagi jika kita menumpang di rumah non-muslim yang ada menyimpan arak di dalamnya.Adakah kita perlu keluar dari rumah dan sembahyang di luar.Sudah tentu susah sekali untuk kita solat. Sesiapa pun yang mempunyai akal yang sejahtera tidak akan dapat menerima perkara seperti itu.Sesunngguhnya syaitan itu sentiasa mahu mewujudkan perasaan benci dalam diri kita untuk melakukan ibadat.Oleh itu,mereka akan berusaha mewujudkan kepayahan dalam kita beribadat.

Akhir kata,Allah mahukan kemudahan untuk kita,tetapi syaitan mahukan kesusahan untuk kita..Cakap sape yg kite nk ikut?Fikir-fikirkanlah..Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu berpunca dari diri saya yang lemah ini.Wallahualam..Barakallahufiikum Insyaallah..Assalamualaikum

HASAN AL-BASRI




Sewaktu menjelang hari perlantikan Harun Al Rashid menjadi khalifah,dia telah mengarahkan seorang Menterinya untuk mengutus surat jemputan kepada rakan-rakan rapatnya ke majlis meraikan perlantikannya. Dalam majlis tersebut, rakan-rakannya akan diraikan oleh Harun Al Rashid dengan jamuan yang lazat-lazat. Harun Al Rashid juga menghadiahkan kepada mereka dengan hadiah yang cantik dan mahal di penghujung
majlis. Antara yang dijemput ialah Hasan Al Basri.

Setelah tarikh majlis keraian tersebut menjelang, kesemua jemputan pun hadir. Seperti dirancang, mereka diraikan dengan jamuan yang enak dan lazat, serta dihadiahkan dengan barangan yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Setelah hadirin bersurai, Harun Al Rashid mendapati ada satu hadiah yang masih tinggal dan tidak diberikan kepada jemputan. Maka bertanyalah Harun Al Rashid kepada Menterinya.

Harun Al Rashid : Milik siapakah hadiah ini ? Apakah masih ada jemputan yang belum menerimanya ? Atau jemputan tersebut tidak sudi menerima hadiah ku ini ? Atau apakah ada jemputan yang tidak hadir ?

Menteri : Wahai khalifah, sebenarnya ada seorang jemputan yang tidak hadir. Maka dengan itulah terdapat satu lagi hadiah yang tinggal.

Harun Al Rashid : Siapakah jemputan yang tidak hadir tersebut ?

Menteri : Hassan Al Basri, wahai khalifah.

Harun Al Rashid terdiam sejenak setelah nama Hassan Al Basri disebut.Setelah berfikir sejenak, maka dia pun berkata kepada Menterinya.

Harun Al Rashid : Akan aku tulis surat peribadi ku khas untuk Hassan Al Basri. Mungkin kerana dia seorang berilmu tinggi, maka dia inginkan jemputan khusus dan majlis untuknya yang khusus, baru dia senang menerima hadiah anugerah ku. Setelah ku tulis surat itu, kau pergilah ke madrasahnya dan serahkan sendiri surat itu ke tangannya.

Harun Al Rashid pun menulis surat tersebut dan mengarahkan Menterinya untuk menyerahkan sendiri ke tangan Hassan Al Basri. Sang Menteri pun segera bertolak ke Madrasah Hassan Al Basri membawa surat tulisan tangan Harun Al Rashid, sambil diringi beberapa orang pegawai istana.

Sewaktu Menteri tersebut sampai ke Madrasah, Hassan Al Basri sedang memberikan kuliah pengajian kepada murid-muridnya. Menteri tersebut terus berjalan menuju ke pintu madrasah.Hassan Al Basri, sewaktu terpandang Menteri dari istana datang menuju ke tempatnya berubah riak muka Hasan Al Basri. Dia terus memalingkan mukanya dari Sang Menteri dengan riak muka yang marah dan benci.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri

Tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya sambil memalingkan mukanya dari Sang Menteri. Seolah-olah Sang Menteri tidak wujud di situ.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri

Sang Menteri memberi salam buat kali ke-2.

Masih tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya.Murid-muridnya juga berasa kehairanan.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri. Kedatangan ku membawa surat peribadi milik Khalifah Harun Al Rashid.

Sang Menteri memberikan salam buat kali ke-3.

Maka berkatalah salah seorang murid tua kepada Hassan Al Basri.

Murid : Wahai tuan guru, ada Menteri diutuskan khalifah kepada Tuan, membawa surat dari khalifah.

Setelah mendengar kata-kata muridnya, barulah Hassan Al Basri menjawab salam Menteri tersebut.

Hassan Al Basri : Salam (Jawab Hassan Al Basri ringkas dengan nada yang marah). Untuk apa kau ke mari ?

Menteri : Kedatangan ku membawa surat peribadi tulisan tangan khalifah buat mu. Aku harap kau terimalah surat ini.

Jawab Menteri, sambil menghulurkan surat tersebut kepada Hassan Al Basri. Hassan Al Basri apabila dihulurkan surat tersebut, dengan segera mengelak dan menepis, agar surat tersebut tidak menyentuh dirinya.Hal ini juga mengejutkan murid-muridnya.

Murid : Wahai Tuan guru, apakah surat ini bernajis sehingga kau enggan menerimanya ? Kasihanilah Menteri ini kerana dia hanya menunaikan arahan Tuannya. Nanti dia pasti akan dihukum kerana kegagalannya menyampaikan surat Tuannya.

Hassan Al Basri : Kalau begitu kau saja yang baca surat ini. Biar ku dengar. Maka muridnya pun mengutip surat tersebut yang jatuh ke lantai Madrasah. Lalu dibuka surat tersebut dan dibaca.

Salam sejahtera buat sahabat ku, Sheikh Hassan Al Basri.

Tujuan ku tulis surat ini, adalah untuk menjemput mu ke majlis meraikan perlantikan ku sebagai khalifah. Mungkin engkau sibuk sewaktu hari pertama perlantikan ku, maka engkau tidak sempat hadir ke majlis tersebut. Maka atas dasar persahabatan kita, maka akan ku adakan sekali lagi majlis keraian tersebut hanya buat mu. Akan ku jamu engkau dengan hidangan yang enak dan lazat. Dan akan ku anugerahkan kepada mu
hadiah yang cantik dan mahal. Aku harap engkau akan hadir ke istana ku esok hari untuk majlis ini.

Sekian.

Daripada Khalifah Umat Islam, Khalifah Harun Al Rashid

Dengan riak muka yang marah, dan nada yang tegas Hassan Al Basri mengarahkan muridnya.

Hassan Al Basri : Kau tulis jawapan ku kepada Harun Al Rashid dibelakang suratnya.

Salam,

Harun,

Apakah kau sangka dengan menjamu aku dengan hidangan enak dan lazat, serta anugerah hadiah yang mahal, mampu menjadikan aku menyokong perbuatan mungkar mu ?

Tahukah kamu, perbelanjaan majlis meraikan perlantikan mu sebagai khalifah, datangnya dari pembiayaan Baitul Mal ? Engkau tergamak menggunakan harta Baitul Mal yang hakikatnya milik rakyat bagi membiayai majlis peribadi mu. Kau nafikan hak rakyat yang fakir dan miskin, anak-anak yang yatim dan piatu serta janda-janda yang tiada tempat bergantung. Kau biarkan mereka tidur dalam kelaparan bersama
fikiran yang rungsing memikirkan, "Dimanakah akan ku cari rezeki keesokan hari ?"

Di waktu yang sama, kau menjamu sahabat-sahabat mu dengan hidangan yang enak dan lazat walaupun mereka mampu mengenyangkan diri mereka sendiri dengan kekayaan mereka. Di waktu yang sama, kau anugerahkan mereka dengan hadiah yang mahal-mahal, sedangkan rakyat mu ada yang daif dalam kemiskinan. Kehidupan mereka tenggelam dalam lautan air mata penderitaan dan kesedihan akibat kemiskinan.

Belum pun genap sehari engkau menjadi khalifah, sudah banyak dosa yang telah engkau lakukan. Amanah rakyat telah engkau khianati. Apatah lagi jika semakin banyak dan lama hari engkau memerintah, maka akan semakin banyaklah dosa dan kemungkaran yang bakal engkau lakukan.

Apakah untuk ini engkau dijadikan Allah ?

Mulai saat ini, jangan sesekali engkau melafazkan bahwa Hassan Al Basri adalah sahabat mu. Mulai hari ini dan saat ini, ku putuskan persahabatan ku dengan mu !!!

Sekian.

Hassan Al Basri

Tersentuh hati Menteri mendengar ketegasan jawapan yang dilafazkan oleh Hassan Al Basri. Setelah murid Hassan Al Basri selesai menulis jawapan gurunya, surat tersebut pun diserahkan kepada Menteri untuk dikembalikan kepada Harun Al Rashid.

Hassan Al Basri : Ambillah surat ini dan kembalikannya kepada Tuan mu.

Menteri itu pun mengambil surat tersebut dan berlalu. Kata-kata Hassan Al Basri terus bermain di dalam hati dan fikirannya. Kini hatinya menjadi rungsing. Dalam perjalanan pulang ke istana, dia melalui pasar jualan. Di hentikan kudanya, dan turun sambil diiringi pegawai-pegawai yang mengikutinya. Lalu bekatalah Menteri tersebut kepada para pedagang di pasar itu.

Menteri : Wahai para saudagar, mahukah kamu membeli jubah yang kupakai ini ? Jubah yang bermutu tinggi, lagi ranggi dan cantik ini merupakan anugerah Khalifah kepada ku sebagai salah seorang Menteri di istana. Akan ku jualkan kepada mu dengan harga yang murah.

Para pedagang di pasar tersebut berasa hairan dengan kata-kata menteri tersebut. Berkatalah salah seorang daripada mereka.

Pedagang : Mengapa engkau ingin menjual jubah kebesaran mu itu ? Berapakah harganya ?

Menteri : Mengapa ingin ku jualkannya, adalah urusan ku dengan Tuhanku. Harganya amat
murah. Aku hanya memerlukan pakaian yang diperbuat dari kain yang kasar seperti yang dipakai oleh ahli sufi.

Maka urusniaga itu pun berjalan lancar antara Menteri dan saudagar di situ. Setelah Menteri mengenakan jubah dari kain yang kasar, dia pun kembali ke istana untuk mengembalikan surat dari Hassan Al Basri. Setibanya Menteri di istana, dia terus pergi menemui khalifah dengan pakaiannya yang kasar dan murah. Harun Al Rashid tersentak kehairanan, melihat Menterinya berpakaian demikian. Lalu dia bertanya kepada Menteri.

Harun Al Rashid : Mengapa engkau berpakaian demikian ? Ke manakah perginya jubah kebesaran mu sebagai seorang menteri di istana ku ?

Menteri : Wahai khalifah. Sekembalinya aku dari Madrasah Hassan Al Basri, aku telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan ku sebagai Menteri. Maka ku tukarkan jubah kebesaran seorang menteri anugerah mu kepada pakaian yang kasar dan murah ini. Anggaplah aku membawa surat jawapan Hassan Al Basri merupakan tugas dan khidmat ku yang terakhir buat mu. Kerana selepas ini, aku akan mengikuti tuan ku yang baru,
iaitu Tuan Hassan Al Basri. Agar aku dapat dididik untuk mentaati Allah dan Rasul Nya.

Menteri itu pun menyerahkan surat jawapan Hassan Al Basri kepada Harun Al Rashid dan terus berlalu dari situ. Menteri itu telah pergi ke Madrasah Hassan Al Basri dan menjadi salah seorang muridnya.Harun Al Rashid, setelah menerima surat jawapan dari Hassan Al Basri, terus membuka dan membacanya. Tersentaklah Harun Al Rashid buat kali kedua di hari itu. Tidak disangka oleh Harun Al Rashid, jawapan yang
diberikan oleh Hassan Al Basri amat tegas. Jawapan Hassan Al BAsri telah menyebabkan Harun Al Rashid menangis dan terus menangis. Tangisan keinsafan.

Di beritakan, Sesudah peristiwa itu, Harun Al Rashid akan meletakkan surat Hassan Al Basri di sebelahnya sewaktu solat. Sesudah selesai solat, Harun Al Rashid akan membaca surat jawapan Hassan Al Basri dan terus menangis. Dia melakukan ini sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia menjadikan surat tersebut sebagai peringatan buat dirinya yang sering lupa agar dia tidak tergelincir
dalam pentadbirannya. Maka tidak hairanlah, Harun Al Rashid merupakan salah seorang khalifah Abbasiah yang yang dikenali kewarakannya.Wallahu'alam...

KENCING BERDIRI

Assalamualaikum w.b.t.Di sini saya ingin membincangkan satu topik yg mungkin nampak remeh tetapi jika ia dibincangkan secara ilmiah ia boleh memberi kita satu pandangan yg lebih luas tentang fiqah,bertepatan dengan ungkapan "ketegasan aqidah,keluasan fiqah."Tajuk yg saya fikir perlu untuk kita bincangkan ialah "kencing berdiri" agar ia dpat menghilangkan keraguan di kalangan kita. Semoga satu budaya mengkaji,menyelidik, dan mengembangkan ilmu dpat diteruskan.Ini selari dengan kata2 Al-Imam As-Syafi'e rahimahullahuta'ala:aku tidak berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan Allah S.W.T menzahirkan hak di atas lidahnya supaya aku dpat mengambil manfaat drpdanya(Au kama Qaal). Oleh itu,sesiapa yg mempunyai hujah yg lebih kukuh dan boleh menzahirkan kebenaran yg diilhamkan oleh Allah kepadanya,maka berhujahlah atas nama Allah.Semoga kita dirahmati dan diberkati.Wallahu'alam.

Apa hukum kencing sambil berdiri?

Diriwayatkan dari Huzaifah r.a. yang menceritakan; Aku bersama Nabi s.a.w.. Apabila sampai di satu tempat pembuangan sampah, Nabi s.a.w. kencing di situ sambil berdiri. Aku pun berpaling menjauhi baginda. Namun baginda berkata kepadaku; ‘Hampirilah’. Aku pun menghampiri Nabi hingga aku berdiri hampir dengan dua tumitnya. Setelah selesai kencing, Nabi mengambil wudhuk dengan menyapu dua khufnya”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan keharusan kencing sambil berdiri, bukan menunjukkan kebiasaan Nabi s.a.w.. Kebiasaan Nabi s.a.w. ialah kencing sambil duduk sebagaimana riwayat dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang berkata; “Jika ada sesiapa menceritakan kepada kamu bahawa Nabi s.a.w. kencing berdiri, maka jangan kamu mempercayainya. Nabi tidak kencing melainkan sambil duduk”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain. Menurut Imam Nawawi; sanad hadis ini adalah baik).

Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulamak menegaskan; hukum kencing berdiri adalah makruh kecuali jika ada sebarang keuzuran. Menurut mereka; perbuatan Nabi kencing berdiri dalam hadis pertama di atas adalah kerana ada keuzuran bagi baginda; kemungkinan susah bagi baginda untuk duduk pada ketika itu memandangkan tempat itu ialah tempat pembuangan sampah atau mungkin juga baginda mengalami sakit tulang belakang. Menurut Imam Syafi’ie; orang Arab jika mereka mengalami sakit belakang, mereka akan kencing berdiri.

Di kalangan para sahabat sendiri terdapat khilaf tentang kencing berdiri. Terdapat riwayat menceritakan bahawa Saidina Umar, Ali, Zaid bin Tsabit, Ibnu Umar, Abu Hurairah dan Anas r.a. pernah kencing sambil berdiri. Antara sahabat yang memakruhkannya pula ialah Ibnu Mas’ud dan diikuti oleh Imam as-Sya’bi dan Ibrahim bin Sa’ad.

Kencing berdiri hukumnya adalah harus atau makruh mengikut perbezaan ulamak di atas. Namun yang terbaik ialah kencing sambil duduk. Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu al-Munzir; “Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi s.a.w.”.

Fatwa Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani:
Disebutkan dalam sunan Ibnu Majah dari hadits Umar, beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata :"Janganlah engkau kencing sambil berdiri"

Hadits ini lemah sekali. Adapun hadits Aisyah, yang disebut-sebut dalam pertanyaan tadi sama sekali tidak berisi larangan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam kencing sambil berdiri. Hadits tersebut hanya menyatakan bahwa Aisyah belum pernah melihat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam kencing sambil berdiri.

Dalam kasus-kasus seperti ini ulama fiqih berkata : "Jika bertentangan dua nash ; yang satu menetapkan dan yang lain menafikan, maka yang menetapkan didahulukan daripada yang menafikan, karena ia mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh pihak yang menafikan.

Jadi bagaimana hukum kencing sambil berdiri ?

Tidak ada aturan dalam syari'at tentang mana yang lebih utama kencing sambil berdiri atau duduk, yang harus diperhatikan oleh orang yang buang hajat hanyalah bagaimana caranya agar dia tidak terkena cipratan kencingnya. Jadi tidak ada ketentuan syar'i, apakah berdiri atau duduk. Yang penting adalah seperti apa yang beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam sabdakan.

"Maksudnya : Lakukanlah tata cara yang bisa menghindarkan kalian dari terkena cipratan kencing".

Dan kita belum mengetahui adakah shahabat yang meriwayatkan bahwa beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah kencing sambil berdiri (selain hadits Hudzaifah tadi, -pent-). Tapi ini bukan berarti bahwa beliau tidak pernah buang air kecil (sambil berdiri, -pent-) kecuali pada kejadian tersebut.

Sebab tidak lazim ada seorang shahabat mengikuti beliau ketika beliau Shalallahu 'alaihi wa sallam buang air kecil. Kami berpegang dengan hadits Hudzaifah bahwa beliau pernah buang air kecil sambil berdiri akan tetapi kami tidak menafikan bahwa beliaupun mungkin pernah buang air kecil dengan cara lain.

[Disalin dari buku Majmu'ah Fatawa Al-Madina Al-Munawarah, Edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Albani, Penulis Muhammad Nashiruddin Al-Albani Hafidzzhullah, Penerjemah Adni Kurniawan, Penerbit Pustaka At-Tauhid]



Pada pengamatan saya,adalah lebih baik utk kita kencing duduk melainkan jika dlam keadaan darurat atau terdapat halangan2 lain yg menghalang kita dari melakukannya.Namun,walaupun kencing duduk itu lebih utama,maka orang yg kencing berdiri tidak boleh dihukum sebagai salah.Ini kerana,di kalangan para ulama' itu sendiri terdapat khilaf,ada yg mengatakan ianya harus dan ada juga yg mengatakan ianya makruh.Akhir kata,berpeganglah pada dalil yg kukuh dan yakinilah ia selagi mana tidak ada dalil yg lebih kukuh yg menidakkannya.Jnganlah kita menjadi seperti org kristian yg bertaqlid kepada paderi2 mereka.Carilah dalil2 selagi kita mampu.Insyyaallah...Barakallahufiikum Insyaallah...Assalamualaikum~...^_^

KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ


Assalamualaikum w.b.t...dalam lipatan sejarah,telah banyak tokoh-tokoh ternama dalam kalangan para ulama' ahlussunnah waljama'ah yang telah memberikan sumbangan yang sangat besar dalam mengembangkan ajaran dan pengaruh Islam di muka bumi.Mereka ini telah banyak memperbaharui agama Islam dari segi pemahaman dan cara berfikir umat Islam supaya berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.Sesungguhnya,kisah kehidupan mereka ini boleh dijadikan tauladan dan pedoman kepada setiap diri kita.Adalah lebih untuk kita menjadikan kisah kehidupan mereka sebagai pencetus semangat dakwah Islamiah lebih dari kita menjadikan artis2 mahupun pemain2 bola sepak sebagai idola.Berikut adalah sedikit biodata seorang khalifah terkenal pada zama pemerintahan bani Umayyah.

Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
T/Lahir : 61H
Umur : 39 tahun
Tarikh M/Dunia : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan

Cucu kepada Saidina Umar ini telah dilantik menjadi khalifah selepas kematian sepupu beliau iaitu khalifah Sulaiman.Dalam masa pemerintahannya yang hanya selama 2 tahun 5 bulan,beliau telah melaksanakan pelbagai sumbangan.Antaranya ialah:

- menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran
- merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal
-memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
- menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.
-Mengambil berat akan kebajikan rakyat miskin sehingga pernah menaikkan gaji buruh sama taraf dengan gaji pegawai kerajaan.

Sesungguhnya,keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.

Di samping jasanya yang besar,banyak juga para sahabat dan tokoh2 Islam memuji keluhuran budi pekertinya.Antaranya ialah,

1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : "Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan"
2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : "Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah"
3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : "Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : "Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil"." Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya".
4) Qais bin Jabir berkata : "Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun

Tetapi,saya fikir satu pengiktirafan yang terbesar terhadapnya ialah beliau telah diiktiraf dan diakui oleh para ulama' sebagai pembaharu agama atau mujaddid agama.

Dari Abu Hurairah dalam sebuah hadith sahih,beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya Allah akan mengutus (menghadirkan) bagi umat ini (umat Islam) orang yang akan memperbaharui (urusan) agama mereka pada setiap akhir seratus tahun”

Yang berikut ialah pengakuan imam Ahmad Bin Hanbal rahimahullahuta'ala sendiri:
“Sesunguhnya Allah akan menghadirkan bagi umat manusia, pada setiap akhir seratus tahun orang yang akan mengajarkan kepada mereka sunnah-sunnah Rasulullah r (yang banyak telah ditinggalkan manusia) dan menghilangkan/memberantas kedustaan dari (hadits-hadits) Rasulullah r. Kemudian kami melihat (meneliti sejarah), maka (kami dapati pembaharu) pada akhir seratus tahun pertama (hijriyah) adalah ‘Umar bin ‘Abdil ‘Aziz, dan (pembaharu) pada akhir seratus tahun kedua adalah imam asy-Syafi’i.

Di sini dapat kita lihat bahawa amatlah besar jasa dan pengorbanan beliau dalam mengembangkan daakwah Islamiah dan ianya adalah semata-mata untuk mendapat keredhaan dan rahmat Allah.Akhir kata,segunung pengharapan dari hamba Allah yang hina ini supaya Allah mengampunkan saya dan supaya tuan2 memaafkan saya jika terdapat kesilapan dalam bertutur dan berkata.Wallahu'alam...Barakallahufiikum Insyaallah..Assalamualaikum

PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA

"Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., bahawasanya Nabi SAW bersabda "Zaman dahulu ada seorang pembunuh yang telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Lalu dia bertanya kepada penduduk negeri, "Siapa ulama yang paling alim di negeri ini?" maka ditunjukkan orang seorang rahib (pendeta). Lalu di datangi rahib itu seraya mengatakan bahawa dia telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Kemudian dia bertanya apakah pintu taubat masih terbuka baginya atau tidak? jawab Rahib: "Tidak!" maka dibunuhnya rahib itu, dan genaplah pembunuhannya seratus orang.

Kemudian dia bertanya pula penduduk; "siapa ulama di negeri ini?" maka ditunjukkan orang kepadanya seorang ulama yang alim. Dia menceritakan kepada orang alim itu bahawa dia telah membunuh seratus orang. kemudian bertanya apakah pintu taubat masih terbuka baginya atau tidak? Jawab ulama, "Ya, selalu terbuka! Pintu taubat selamanya tidak pernah tertutup. Siapa yang sanggup menutup pintu taubat bagi kamu? pergilah kamu ke negeri begini begini, kerana di sana penduduknya menyembah Allah. Sembahlah Allah bersama-sama dengan mereka dan jangan kembali lagi ke negeri kamu, kerana negeri kamu telah rosak." Maka pergilah orang itu ke negeri yang ditunjuk ulama.

Setengah perjalanan tiba-tiba orang itu meninggal. maka bertengkarlah malaikat rahmat dengan malaikat 'Azab. Kata malaikat rahmat, "orang ini telah taubat dan dia sedang menghadap dengan hati yang taubat itu kepada Allah Ta'ala" Kata malaikat Azab, "Dia belum pernah melakukan kebaikan sedikit jua pun." Tiba-tiba datang seorang malaikat dengan rupa manusia, lalu dia berdiri di tengah-tengah mereka seraya berkata, "ukurlah jarak kedua negeri itu, ke mana yang lebih dekat bawalah dia ke situ." Setelah diukur ternyata yang lebih dekat ialah negeri yang ditujunya. Maka dibawalah dia oleh malaikat rahmat."-sahih muslim.... jilid ke 4 muka surat 291-292 , hadis no 2372 diriwayat kan oleh Abu Sa'id Al-khudri r.a-

Pengajaran:-
1)Pintu taubat Allah sentiasa terbuka dan Allah akan menerima taubat hamba2nya yg benar2 bertaubat.
2)Peri pentingnya untuk kita menjadi seorang yg bukan sahaja kuat beribadah tetapi juga mempunyai ilmu pengetahuan yg tinggi.Seperti yg diceritakan,oleh kerana ceteknya ilmu,rahib tersebut mengatakan bahawa pintu taubat si pembunuh sudah tertutup.tetapi bila diajukan perkara ini kepada ulama',maka jawapannya berbeza malah beliau menyuruh si pembunuh pindah ke negeri yg aman dr dosa.
3)Apabila kita ingin berubah,maka pergilah kita ke persekitaran yg solih wa muslih supaya kita mudah untuk menahan diri kita drpd kembali ke tabiat lama.Ini sama seperti kisah ini apabila ulama' tersebut meminta si pembunuh pergi ke sebuah negeri yg penduduknya menyembah Allah.

Sekian,wallahualam...sekadar renungan..Barakallahufiikum Insyaallah..Assalamualaikum

Tuesday, May 4, 2010

PENGENALAN

Assalamualaikum...Alhamdulillah,segala puji bagi Allah.Selawat dan salam ke atas baginda kekasih Allah yg amanah,dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekaliannya.

Yang pertama sekali,ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan rahman dan rahimnya dapatlah saya membuka akaun blog ini.Semoga dengan usaha saya yang kerdil ini dapatlah saya meneruskan kelangsungan usaha dakwah Islamiah yang sekarang ini sedang giat disebarkan oleh para da'i yang dirahmati Allah.Saya berharap agar usaha saya ini dipandang oleh Allah di akhirat kelak sebagai satu sebab untuk saya ditempatkan di syurga Allah yang indah dan permai.


Nama "Tajdid Iman" saya pilih sebagai mengingatkan diri saya agar sentiasa cuba untuk memperbaharui iman.Sesungguhnya iman kita sebagai manusia akan sentiasa berubah-ubah.Jadi ia menjadi satu kemestian untuk kita membetulkan kembali keadaan iman kita yang mungkin terdapat serba-serbi kecacatan tanpa kita sedari.Firman Allah Subhannahu wa Ta’ala: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal, (iaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya.”

(Al-Anfal: 2-4).

Penerangan ayat:Di dalamnya terdapat penetapan bertambahnya iman dengan mendengarkan ayat-ayat Allah bagi orang-orang yang disifatkan oleh Allah, yaitu mereka yang jika disebut nama Allah tergeraklah rasa takut mereka sehingga mengharuskan mereka menjalankan perintah dan menjauhi larangannya.Mereka itulah orang-orang yang bertawakkal kepada Allah. Mereka tidak mengharapkan selainNya, tidak menuju kecuali kepadaNya dan tidak mengadukan hajatnya kecuali kepada-Nya. Mereka itu orang-orang yang memiliki sifat selalu melaksanakan amal ibadah yang di syariatkan seperti solat dan zakat. Mereka adalah orang-orang yang benar-benar beriman, dengan tercapainya hal-hal tersebut baik dalam i’tiqad maupun amal perbuatan.


Perkataan "tajdid" dari segi bahasanya bermaksud "mengembalikan sesuatu kepada keadaannya yang sepatutnya".Dalam bahasa Arab, sesuatu dikatakan “jadid” (baru), jika bahagian-bahagiannya masih erat menyatu dan masih jelas.Manakala "iman" dari segi bahasanya bererti "pembenaran hati".Dari segi istilahnya pula,ia bererti "membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota badan."Al-Imam As-Syafie rahimahullahuta'ala dalam menerangkan definisi iman ini meriwayatkan ijma' para sahabat, tabi’in dan orang-orang sesudah mereka yang sezaman dengan beliau atas pengertian tersebut:


-“Membenarkan dengan hati” maksudnya menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam.
-“Mengikrarkan dengan lisan” maksudnya, mengucapkan dua kalimah syahadah, syahadat “Laa ilaha illallahu wa anna Muhammadan Rasulullah” (Tidak ada yang layak disembah melainkan Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah).
-“Mengamalkan dengan anggota badan” maksudnya, hati mengamalkan dalam bentuk keyakinan, sedang anggota badan mengamalkannya dalam bentuk ibadah-ibadah sesuai dengan fungsinya. Kaum salaf menjadikan amal termasuk dalam pengertian iman. Dengan demikian iman itu bisa bertambah dan berkurang seiring dengan bertambah dan berkurangnya amal shalih.

Jadi,dapat saya simpulkan bahawa makna "Tajdid Iman" yang ingin saya bawakan di sini ialah "mengembalikan semula wajah iman dalam diri kita kepada yang sepatutnya di miliki oleh setiap mu'min iaitu dengan diyakini dengan hati,diakui dengan lidah dan dizahirkan pula dengan amalan-amalan solih".Oleh itu,dalam usaha untuk memperbaharui iman ini,banyak pendekatan yang boleh dilakukan.Antaranya ialah:


1. Perbanyaklah Menyemak Ayat-ayat Al-Quran

2. Rasakan keagungan Allah dengan mempelajari alam ciptaannya.

3. Carilah Ilmu Syar’i

4. Ikutilah Majlis Dzikr / Ta'lim.

5. Perbanyaklah Amal Solih

6. Lakukan berbagai macam ibadah

7. Hadirkan perasaan takut mati dalam keadaan su’ul khatimah

8. Banyak-banyaklah ingat mati

9. Berinteraksi dengan ayat-ayat yang berkaitan dengan fenomena alam

10. Berdzikirlah yang banyak

11. Perbanyaklah munajat kepada Allah dan pasrah kepada-Nya

12. Tinggalkan angan-angan yang sia-sia

13. Memikirkan Kehinaan Dunia

14. Mengagungkan hal-hal yang terhormat di sisi Allah

15. Menguatkan sikap al-wala’ wal-bara’ap al-wala’ wal-bara’

16. Bersikap Tawadhu (Rendah Hati)

17. Perbanyak amalan hati

18. Sering menghisab diri

19. Berdoa kepada Allah agar diberi ketetapan iman


Oleh itu,Insyaalaah,dalam blog saya ini,saya akan menggunakan pendekatan-pendekatan berikut sebagai usaha untuk saya mengingatkan diri saya dan para pembaca.

Firman Allah s.w.t:وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Ertinya:Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.(Az-Zaariyat:55).

Wallahu'alam...Barakallahufiikum Insyaallah,Assalamualaikum...