
Alhamdulillah, seiring dengan era perkembangan zaman ini,saya melihat umat Islam terutamanya anak-anak muda sudah mempunyai satu corak pemikiran yang lebih terbuka dan luas tentang Islam.Jika pada zaman dahulu,apabila mereka menuntut ilmu daripada seseorang guru maka segala yang diajarkan oleh guru tersebutlah yang akan dipegang dan disisip sebagai prinsip hidupnya tanpa keraguan dan mengetahui akan asal-usul dari mana dalilnya seseorang guru tersebut menyatakan tentang sesuatu perkara.Jika dahulu,ustaz-ustaz memerintahkan anak-anak murid duduk selepas solat dan berzikir beramai-ramai dan kemudian mengaminkan doa imam,maka mereka akan mengikutnya tanpa sebarang persoalan.Jika dahulu di sekolah,diamalkan zikir secara kuat antara dua rakaat solat tarawih dengan menyebut nama-nama khulafa’ ar-rashidin,maka tiada siapa yang bangkit bertanya kepada si ustaz apakah asasnya mereka melakukan perkara itu.Tetapi kini,zaman sudah berubah.J


“oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu. (17) Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. (18)”(Surah az-Zumar:17-18)
Dalam ayat ini,Allah dengan jelas menyifatkan ciri-ciri khas “ulul-albab” iaitu orang-orang yang berakal sempurna.Sebelum menerima sesuatu perkara yang didengari mereka,maka mereka menyiasat terlabih dahulu akan apa yang mereka dengari.Jika perkara tersebut baik pada hukum agama,maka mereka akan menurutnya.Segala apa yang mereka dengari meskipun perkara tersebut datangnya daripada seorang ustaz yang mereka sanjung, maka mereka akan membentangkannya pada al-Qur’an dan Sunnah,tidak mengikut membuta-tuli.
Satu perkara yang saya ingin mengingatkan diri saya dan kepada kita semua agar kita tidak mudah terperdaya dengan adat mahupun kebiasaan yang dilakukan dalam masyarakat kita.Mungkin sesuatu perkara itu merupakan kebiasaan dalam masyarakat kita dan kita sudah mengamalkannaya sejak kecil.Akan tetapi secara tiba-tiba ada orang yang datang mengatakan kepada kita, “perkara tersebut adalah salah dan tidak ada asasnya daripada Nabi.s.a.w”.Pasti akan terdetik di hati kita, “Ish..benda ni dah lama aku buat.sejak zaman nenek moyang aku lagi orang dah buat benda ni.Kalau benda ni salah,tak kan diorang tak tau.”Sedarlah kita bahawa setiap manusia itu tidak terlari daripada melakukan kesilapan melainkan Nabi s.a.w yang maksum.Kata As-Syatibi,
“Maka wajib bagi kita untuk mengikut orang yang terhalang daripada melakukan kesilapan(Rasulullah s.a.w) dan berhenti daripada mengikut sesiapa yang tidak terhalang daripada silap apabila melihat kekeliruan pada ikutan tersebut.”
Maha benar firman Allah,
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah", mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama) dan tidak pula mendapat petunjuk hidayat (dari Allah)? (170)”(surah al-Baqarah:170)
Wallahualam….
No comments:
Post a Comment