Sunday, September 12, 2010

MENCARI SAKINAH

Pada beberapa minggu yang lepas,slpas pulang daripada menyambut Aidul Fitr kami Persatuan Belia Muslim telah mengadakan sedikit jamuan buat semua ahli persatuan beserta semua peserta yang dijemput hadir yang juga terdiri dalam kalangan non-muslim.Tahniah saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang telah menjemput mereka.Moga Allah memandang perkara ini sebagai salah satu usaha kita mendekatkan mereka dengan Islam.Dalam pada kami menjamu para tetamu,di awal majlis,kami mengambil kesempatan untuk mengadakan sedikit diskusi umum tentang satu tajuk yang saya percaya jarang ia diperbincangkan iaitu "Mencari Sakinah".Di sini saya ingin berkongsi serba-sedikit tentang isi-isi usrah kami.Saya berharap dengan majlis tersebut dapatlah para tetamu termasuk yang non-muslim mendapat gambaran serba sedikit tentang keindahan dan kecantikan agama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w.Tidaklah mereka memandang Agama agung ini menyuruh umatnya mengganas!


Sakinah bermakna ketenangan. “Sakinah” juga mempunyai persamaannya dengan perkataan “sukun” seperti yang kita pelajari dalam ilmu tajwid. “Sukun” memberi makna “berhenti”.Seseorang itu dikatakan diberikan “sakinah” oleh Allah apabila dia berasa aman dan tenteram daripada sebarang dugaan dan ujian yang dihadapi. :Sakinah ialah nikmat yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang beriman dan bergantung harap padaNYA.Seseorang hamba itu menyerahkan dirinya bulat-bulat pada Allah dengan penuh keimanan bahawa Allah tidak akan pernah mensia-siakannya.

Kata Ali Zainal Abidin:

“Ya Allah,janganlah Engkau serahkan diriku ini kepada aku kerana aku tidak mampu menguruskannya,dan janganlah Engkau menyerahkan diriku ini kepada orang lain kerana mereka akan cuai terhadapku”

Perkataan tersebut menzahirkan sifat kehambaan seorang hamba terutamanya apabila ia duduk merintih berseorangan di tengah malam dengan merendahkan hati dengan serendah-rendahnya di hadapan Allah.Dia menangis di hadapan Allah seraya berkata, “Ya Allah,janganlah Engkau serahkan diriku ini kepada aku kerana tidak mampu aku untuk menguruskannya, tetapi Kau serahkanlah diriku ini kepada Engkau,kerana Engkau tidak akan pernah mensia-siakan aku.”Maka terlahirlah fitrah seorang hamba yang manja kepada Sang Pencipta yang tidak ada yang layak disembah melainkanNYA.

Sungguh makna “sakinah” ini tidak dapat diungkapkan dengan tepat melainkan kepada insan yang pernah merasainya sahaja yang dapat mengerti erti sebenar kemanisan “sakinah” ini.Sesungguhnya contoh terbaik bagi makna ini telah ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w dan Abu Bakr r.a ketika mereka berusaha untuk berhijrah ke madinah.Mereka menjadi orang buruan bagi pembunuh-pembunuh upahan yang dahagakan harta dan diupah oleh kaum musyrikin Makkah untuk membunuh mereka berdua sehingga mereka terpaksa menyorok di dalam gua Thur.Semasa mereka di dalam gua inilah terzahirnya sifat kehambaan mereka berdua.Mereka berserah diri bulat-bulat kepada Allah.Ketika para pemburu Quraisy berada di mulut gua untuk mencari mereka, Abu Bakr terlalu bimbang,keringat sejuknya membasahi wajah dan tubuhnya. Dia membisik kepada Rasulullah s.a.w sedang air matanya mengalir,katanya: Jika mereka menunduk ke tanah tentu mereka akan nampak kita.Tetapi Rasulullah terus tenang dan hanya ingat kepada Allah,memohon pertolongan dan penjagannya. Apabila beliau melihat Abu Bakr yang bimbang itu,beliau lalu mententeramkannya seraya berkata: “Janga bimbang dan bersusah hati,Sesungguhnya Allah bersama dengan kita.”Allah menghargai pengorbanan mereka ini dan merakamkan peristiwa ini lalu berfirman:

“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”(At-Taubah:40)

Maha cantik dan benar firman Allah itu.Walaubagaimanapun,tidak dapat seseorang itu merasai kemanisan sakinah sehingga mereka mempunyai sifat “Tawakkal”.

Tawakkal

Firman Allah:

“(Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal.”(Ali Imran:122)

Sangat indah makna tawakkal ini.Apabila seseorang hamba itu dapat merasainya dengan penuh keimanan,maka dia akan mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa.Seperti kata sesetengah ahli kerohanian, “sesiapa yang tidak mengalaminya,dia tidak akan faham maksud ini.”Apabila orang-orang yang bertawakkal ini menghadapi kebahayaan,tidak ada apapun yang bertambah pada diri mereka melainkan keimanan.

Maha benar firman Allah:

“Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).” (Ali Imran:173)

3 comments:

  1. Salam...sgt mantap pengisian yg diterjemahkn dlm bentuk sbegini...mabruk..tp nak tnya skit...mcm mna ya pkataan 'sakinah' dpt dikaitkn dgn pkataan 'sukun' dlm tajwid? dua pkataan ini mmbawa mksud yg berbeza..ketenangan dan berhenti?? maaf kalau bnyak tnya...

    ReplyDelete
  2. mcm ni...sukun kn kan berhenti,atau kata lain ia adalah tanda mati..maknanya,bila kita baca al-Quran bila tiba pada tanda sukun kita hentikan dan jgn bunyikn perkataan itu.sama dengan sakinah.pabila kita tenang,kita berhenti drpd segala kekusutan pemikiran dan kesusahan jiwa.lagi satu contoh,pisau dlm bhase Arab ialah sikin..ia juga ada persamaan maksud.ini kerana pisau digunakan untuk menyembelih binatang.bila binatang itu disembelih,maka berhentilah ia drpd kehidupannya..tp xperlu pikirkn sangat sbb tu cuma makna dr segi bhase je.yg pntingn ialah maknanya dr segi istilah itu difahami...
    p/s:bagusla bnyak bertanya,xdela hanya ikut dan dengar ape yg orang ckp tanpa tau,,,hu3

    ReplyDelete
  3. ouh..faham...shukran..sy mmg bnyak tnya pon..takut buat org geram ja..

    ReplyDelete